Hai. Selamat pagi. Baru nak kembali update blog setelah blog terabai seketika selepas cuti raya lama. Lain macam betul mood lepas bercuti raya ni. Mood apa? Mood sedikit malas dan sedikit kurang idea untuk update blog. Nasib baik sempat juga lah schedule entri sampai raya kedua hari tu. Lepas tu terus menyepi sampailah ke hari ni. Biasalah kan, bila lama bercuti nak mula bekerja semula memang agak lemau sikit. Well, dua tiga hari yang mendatang kita meroket semula update entri mana yang patut.
By the way, mood raya sebulan masih on lagi kan selagi belum habis raya sebulan. Masih merindui segala menu raya lemang ketupat semua tu. Raya pertama dan kedua tak makan sakan sangat sebab perut tak berapa nak bekerjasama dengan baik. Sakit perut akibat makan macam-macam. Jadinya bila beraya makan sekadar jamah je. Cukup sekadar merasa. Bila dah banyak hari raya berlalu, teringin pula nak makan semua tu puas-puas tapi mood beraya macam kurang je pula. Haishh..lain macam betul mood lepas bercuti raya ni. Semua serba tiada mood.
Tiada mood mungkin sebab cuaca agak panas lately dan mungkin disebabkan itu juga cepat rasa penat gara-gara selepas raya baru nak mengemas rumah. Letih juga nak mengemas rumah sekali harung buat semua benda. Baru nak switch on mood raya di rumah sendiri pula.
Plan lepas raya selain nak meroket update blog, jangan di lupakan puasa enam dan lepas tu membakar lemak yang dah diternak banyak dalam badan ni. Nak bakar lemak punyalah susah. Nak tambah lemak, sehari dah cukup untuk tambah berkilo-kilo. Musim raya ni yang Fiza sendiri rasa sangat kurang minum air masak. Nampaknya kena kerja kuat lagi untuk misi cabaran untuk kurus.
Camne mood lepas bercuti raya kau orang? Confirm tak boleh move on lagi dengan cuti raya kan. Kalau dpat cuti sebulan lagi untung! Mana mungkin lah kan. Mungkin dalam mimpi je dapat bercuti sebulan beraya tu. Jom lah kita mengesot sikit-sikit dari tak move on lansung.