Pada yang suka berkongsi artikel dari blog melalui butang facebook, pernah tak terjadi gambar header blog yang keluar dan bukan gambar artikel? Kalau kau orang kurang jelas maksud Fiza, sila tengok gambar di bawah ini dan Fiza akan kongsikan cara untuk buat gambar artikel muncul di facebook bila di kongsikan dari blog kau orang.
Alangkah lebih menarik jika gambar artikel/entri yang keluar bila kongsi dari blog tapi bila automatik gambar header blog pula yang keluar jadi macam kurang mendapat perhatian untuk pembaca klik dan baca artikel penuh. Betul tak? Gambar juga memainkan peranan penting untuk tarik minat pembaca kan.
Sebelum ni takda masalah macam ni tapi bila blogger Zaza Iman tanya kan pada Fiza, Fiza pun perasan ada beberapa entri Fiza keluar gambar header je kat facebook. Tak pernah jadi macam ni, jadi tak tahu nak buat macamana. Selepas Zaza bagitau yang dia dah jumpa caranya dan Fiza pun cuba. Alhamdulillah settle dah masalah tersebut dan Zaza suruh Fiza buat entri. Pada mulanya macam malas nak buat tapi dek kerana sunyi je blog tanpa update. Why not Fiza buat entri ni yang mungkin boleh membantu kau orang yang ada masalah yang sama.
Cara Buat Gambar Artikel Muncul Di Facebook Bila Dikongsikan Dari Blog
Masuk ke website https://developers.facebook.com/tools/debug/sharing dan masukkan url link entry kau orang. Kemudian tekan debug dan akan keluar report berserta gambar entri. Jika keluar gambar header blog, kau orang tekan scrape again. Jika masih tak keluar gambar entri, klik scrape again dan lakukan langkah sebanyak 3 kali jika masih belum keluar gambar entri.
Kalau dah keluar gambar artikel, cuba kongsikan artikel dari blog dan lihat hasilnya. Jika masih belum berjaya cuba masukkan kembali url artikel dan scrape sehingga berjaya keluar gambar artikel. Kalau dah berjaya, tahniah! Boleh share artikel dengan senang hati sebab gambar artikel keluar dengan cantiknya di facebook. Barulah seronok dapat tarik perhatian pembaca untuk singgah membaca.