Sebut je pinggan viral mesti kakak-kakak, makcik-makcik dah terbayangkan pinggan yang cantik cantik tu. Dalam kepala ligat berkira-kira bajet nak memborong. Almaklumlah pinggan murah katanya kalau nak dibandingkan dengan kejadian pinggan tersebut. Kiranya masih dalam istilah berbaloi membeli menang menambah selera bila tengok hidangan terhidang dalam pinggan yang cantik.
Buat masa sekarang, Fiza belum terjebak lagi dengan sebarang pembelian pinggan viral. Kalau dekat lokasinya mungkin terjebak juga agaknya. Untung juga jauh, boleh berjimat duit. Tak gitu? Tapi demi pinggan viral jauh pun boleh jadi dekat. Nak membeli pinggan viral ni khabarnya bukan semudah yang disangka. Nama pun pinggan viral. Bila dah viral ramai berebut nak dapatkan pinggan viral. Bila permintaan tinggi, jadi sesak lah kedai pinggan tu sampai kena beratur panjang, stok banyak habis dan paling tak menarik bila di had kan pembelian. Betul ke?
Kredit foto : google |
Well, masing masing ada sebab mereka sendiri kenapa mereka nak sangat dapatkan pinggan viral yang cantik lagi kan comel tu.
5 sebab kenapa pinggan viral menjadi rebutan
1. Rekaan Motif yang menarik
Dari pandangan mata Fiza, memang tak dinafikan rekaan motif corak corak pinggan viral sangat sangatlah memukau pandangan. Sekali tengok terus tergoda dan dan tu juga meronta-ronta hati ni nak pergi beli sekarang. Semua corak rekaan motif menarik, for sure rambang mata nak memilih. Kononnya berjanji nak beli 2 je, sampai sana nanti lebih dari dua agaknya pinggan yang di borong. Eh, mengaku je la mana yang dah terbeli tu.
2. Harga yang berpatutan
Nak kata harga murah, pada Fiza tak berapa nak murah sangat untuk mereka yang memikirkan bajet. Tapi kalau pencinta pinggan/penggemar pinggan bercorak sejati, tak berapa ada bajet pun silap silap bertingkat tingkat juga nanti koleksi pinggannya. Bagi mereka yang berbajet besar, mereka menganggap sebagai harga murah. So far boleh di katakan harga berpatutan dalam lingkungan RM2 dan ke atas. Siapa yang dah beli, tolong komen rate harga ye.
3. Pelbagai bentuk dan saiz
Bosan dengan bentuk pinggan yang bulat? Pinggan viral ada bermacam macam bentuk dan saiz untuk kau orang pilih. Saiz pun ada bermacam saiz. Nak pinggan lauk, pinggan nasi, pinggan kuih dan mangkuk pun ada.
4. Warna yang menarik
Ya, Selain corak pinggan viral yang menjadi pujaan. Warna warna pinggan viral memang tip top menarik. Siapalah yang tak tergoda tengok pinggan cantik macam tu. Nak makan pun jadi kenyang tengok pinggan cantik bewarna warni. Lagi-lagi di datangkan dengan warna vintage dan pastel.
5. Viral
Kalau pinggan ni tak di viralkan, mungkin tak ramai yang berebut nak beli. Inilah dia kuasa viral. Mana boleh kau sorang je nak ada. Semua pun nak juga kan untuk buat koleksi di rumah masing masing.
Okay cukup 5 sebab. Yang lain kau orang boleh tambah sendiri ikut sedap rasa sendiri. By the way, baru-baru ini di katakan pinggan bercorak begini boleh memudaratkan kesihatan. Cuba fahami petikan daripada mStar Online ni.
Pensyarah Kanan Jabatan Kimia Universiti Malaya, Dr Nor Asrina Sairi berkata kebanyakan pinggan mangkuk, piring atau gelas yang mempunyai warna dan kemasan cantik seperti ini mempunyai kandungan logam berat plumbum (lead) dalam penghasilannya.Katanya, disebabkan sifatnya yang bertoksid, ia kurang sesuai digunakan untuk menghidangkan makanan atau minuman. Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung. Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan.Kemasan ini mudah terhakis (leaching) apabila suhu panas atau bertindak balas dengan asid, menyebabkan plumbum akan masuk ke dalam badan manusia dengan cara meresap dalam darah, berkumpul dalam tisu dan seterusnya membawa kepada penyakit serius dalam jangka masa panjang.
Wallahu a'lam
Dengan itu, boleh elakkan untuk hidang makanan seharian kita. Gunakan untuk perhiasan rumah pun menarik juga.