Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

6 Produk Penjagaan Muka Yang Terbaik Untuk Merawat Masalah Kulit Muka

$
0
0

Perasan tak banyak produk skincare yang ada di pasaran terutamanya local produk menimbun sekali masuk dalam pasaran. Pening kepala nak memilih yang mana satu yang terbaik sebenarnya. Baru-baru dah viral beberapa produk yang tidak selamat untuk di gunakan. Jadi, jangan memadai nak pakai juga ye. Produk apa? Sila gunakan google untuk mencari sebab ada banyak kot kalau tak silap.

Bila dah tahu, elakkan membeli produk yang memberikan kesan yang buruk pada kulit untuk jangka masa yang panjang. Esok lusa diri sendiri yang susah. Silap haribulan lagi banyak belanja kena tanggung bila muka dah rosak. Nak beli sesuatu produk tu, eloklah sekiranya kau orang kaji dulu tentang produk tersebut. Jangan main hentam guna.

Gunakan produk yang selamat. Walaupun kadang kala agak mahal tapi bila di kira-kira kosnya lebih berbaloi dengan apa yang kau orang akan dapat. Baru-baru ada viral beberapa orang pengguna produk penjagaan muka yang terbaik untuk merawat masalah kulit mereka. Ini apa yang mereka kongsikan untuk kau orang yang menghadapi masalah kulit muka. Yang penting semua produk ini selamat di gunakan.

6 Produk Penjagaan Muka Yang Terbaik Untuk Merawat Masalah Kulit Muka

1. Cetaphil Oily Skin Cleanser


Cetaphil Oily Skin Cleanser ni antara produk pencuci muka yang popular di gunakan oleh mereka yang mempunyai kulit yang bermasalah. Bila dah ramai guna dan ternyata berkesan, ramailah yang berkongsi di laman sosial. Sebab tu boleh jadi viral. Cetaphil Oily Skin Cleanser ni highly recommended untuk sesiapa saja yang ada masalah kulit muka. Kulit breakout ke, berjerawat teruk ke dan sebagainya. 

Cetaphil cleanser ada 2 jenis iaitu Gentle Skin Cleanser dan juga Oily Skin Cleanser. Boleh guna ikut jenis kulit masing-masing. Harga produk cetaphil ni agak mahal tapi kalau di kira harga tu dan bagi berapa bulan penggunaan memang berbaloi beli daripada beli produk murah tiap-tiap bulan nak kena beli. Betul tak? Cuma nak keluarkan duit sekali banyak tu yang rasa macam mahal. 

Pastikan beli di kedai-kedai yang berdaftar seperti farmasi, Guardian dan Watsons. Kalau tak silap, Lazada pun ada jual cuma kena pastikan original atau tak. Tapi produk Cetaphil yang masuk Malaysia belum ada lagi yang fake. Kalau tak nak tanggung risiko, lebih baik beli di farmasi, Guardian atau Watsons. Mereka hanya bawa masuk barang yang original dan selamat di gunakan sahaja.

2. Himalaya Purifying Neem Face Wash


Produk Himalaya juga antara produk yang terbaik untuk di gunakan. Antaranya ialah Himalaya Purifying Neem Face Wash yang sesuai digunakan untuk masalah jerawat. Rata-rata yang kongsikan produk ini adalah mereka yang bermasalah dengan kulit jerawat. Harga produk ni lebih murah daripada Cetaphil Oily Skin Cleanser tu. Kalau kurang bajet, boleh gunakan produk himalaya.

3. St. Ives Green Tea Scrub


Fiza salah seorang pengguna produk St. Ives. Tapi Fiza gunakan Apricot Scrub. Katanya ada lagi satu produk scrub St.Ives yang bagus untuk merawat kulit jenis sensitif iaitu St.Ives Green Tea Scrub. Green tea scrub ni lebih sesuai untuk kulit sensitif sebab micro exfoliating scrub dia lebih halus jika dibandingkan dengan apricot scrub. Jadi, tidak akan memberi kesan luka pada jerawat bila sental scrub pada kulit yang berjerawat. Scrub juga dapat menghilangkan blackhead dan whitehead. Kulit pun lebih rasa licin.


4. Himalaya Almond & Cucumber Peel-Off Mask


Satu lagi produk Himalaya yang terbaik untuk digunakan dan highly recommended. Himalaya Almond & Cucumber Peel-Off Mask ni adalah mask yang lebih sesuai untuk di aplikasi kan pada bahagian T zone. Salah satu jenis peel off yang kurang memberikan kesan iritasi pada kulit kerana bahannya adalah timun yang mampu meredakan iritasi yang terjadi. 

5. Esentiel Soothing Lotion



Rasanya macam baru pertama kali tengok produk Esentiel ni. Dikatakan produk esential soothing lotion ni sangat sesuai untuk merawat kulit muka yang berjerawat kemerah-merahan tu. Macam kalau ada jerawat, tepek je pada jerawat tu. Esoknya baru bilas dan cuci muka. Sesuai juga untuk jenis kulit yang ada masalah rash.

6. Tidact Gel 1%


Selain esential soothing lotion, kau orang boleh juga gunakan krim jerawat Tidact gel 1% untuk menghapuskan jerawat pada muka kau orang. Sapu je pada jerawat gerenti kecut jerawat tanpa meninggalkan parut. Produk ini boleh di beli di farmasi. Ada lagi beberapa krim jerawat yang power untuk hilangkan jerawat iaitu Dalacin-T dan krim T3 Mycin. Pilihlah mana-mana fungsinya tetap sama. 

Terima kasih kepada yang berkongsikan tips kecantikan tu. Kalau kulit bermasalah boleh cuba produk-produk yang terbaik ini. Selamat dan berkesan! Itu yang penting. Jangan sesekali gunakan produk yang re-pack atau timbang kilo.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles