Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Cara Nak Buat Miang Kham

$
0
0
Asyik ternampak orang post menu Miang Kham je dekat facebook. Teringin nak mencuba dan nak merasa. Tapi entah bila lah sebab bila tengok segala jenis bahan tu macam banyak pula. Tapi rasa nak mencuba satu hari tu tetap ada. Gigih la mencari cara nak buat miang kham yang ramai kata sedap tu. Entah apa rasanya bila semua bahan yang dibalut dengan daun kaduk tu bila masuk dalam mulut. 

Miang Kham @ Thai Leaf Wraps

Miang Kham @ Thai Leaf Wraps adalah sejenis makanan pembuka selera orang siam. Seperti yang kita tahu, masakan Thailand dikenali dengan keseimbangan lima rasa asas dalam setiap hidangan atau makanan secara keseluruhannya iaitu rasa pedas, masam, manis, masin, dan pahit. 
Bila kunyah Miang Kham akan rasa pedas cili sikit, pedas halia sikit, lemak kacang goreng dan kelapa serta rasa-rasa lain bergantung dengan bahan apa yang dibungkus di dalam daun kaduk. Memang unik rasanya! 


Rata-rata yang pertama kali makan Miang Kham ni akan terus suka dengan rasanya dan buat rasa nak makan lagi dan lagi. Itulah sebabnya Fiza sendiri teringin nak merasa Miang Kham ni memandangkan Fiza suka juga makan makanan Thailand terutamanya Tom Yam, kerabu sotong Thai, Pulut Ayam, som tam dan pulut mangga. Eh, macam banyak pula tersuka dengan makanan Tom Yam ni. Of course lah suka sebab sedap.

Miang Kham je belum cuba lagi. Ada masa nak juga cuba buat Miang Kham. Simpan dulu resepi ni. Nanti-nanti boleh cuba buat. Kalau cuba buat, gerenti Fiza kena hadap makan sorang-sorang sebab husband Fiza sejenis yang tak suka makanan Thailand. Disebabkan itu juga Fiza macam malas-malas nak buat sebab bila buat kena makan sorang-sorang je.

Bahan-Bahan Miang Kham

  • Daun Kaduk
  • Kacang
  • Kelapa
  • Halia
  • Limau nipis/kasturi
  • Bawang besar
  • Cili padi
  • Udang kering
  • Kelapa -isi kelapa dihiris halus dan digoreng tanpa minyak (sangai)

Bahan kuah Miang Kham

  • Air - 2 cawan
  • Gula melaka - 5 keping
  • Gula putih - 2 sudu
  • Belacan - besar ibu jari
  • Serai - 2 batang atau daun pandan

Cara sediakan Miang Kham

Panaskan air, masukkan gula melaka, gula putih, belacan. Kacau dengan api perlahan dan akhir sekali masukkan serai atau daun pandan untuk wangikan kuah.

Cara makan Miang Kham

Letakkan semua bahan atas daun kaduk, letakkan kuah, balut dan makan. Sedapnya! Selamat mencuba. 

kredit resepi : NurulHuda Awang Yaacob via Masak Apa Hari Ni

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles