Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Ambil angin petang di Pantai Cahaya Negeri Port Dickson

$
0
0
Lepas minum petang di Cendol Bakar di Telok Kemang, terus menuju ke Pantai Cahaya Negeri ambil angin pantai dan menikmati panorama pantai yang cantik tu. Sebelum ni pernah datang sini masa hari biasa yang suasana nya agak sunyi sebab pengunjung tak ramai. Tapi bila datang hujung minggu ni suasana dia lain macam meriah dengan pengunjung yang ramai.

Ada yang berkelah pasang khemah, bermandi manda, berjalan-jalan ambil angin pantai, photoshoot perkahwinan, naik water jet ski, naik banana boat dan macam-macam lagi aktiviti yang boleh dibuat di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson ni. Sangat sesuai untuk aktiviti keluarga dan kawan-kawan. No wonder lah kat sini sangat meriah bila hujung minggu ataupun hari cuti. Parking pun percuma je.

Selain jalan-jalan ambil angin petang tepi pantai ni, ada tujuan lain juga sebenarnya. Masa Fiza datang sini sebelum ni pernah terjadi gambar dalam Gopro corrupted. Tak banyak gambar. Jadi, kali ni nak ambil gambar lebih sikit, lagi-lagi kat Pulau Burung. Nak pergi ke pulau burung ni, ada disediakan jambatan. Sepanjang merentasi jambatan ni, rasa macam sepanjang jalan nak bergambar. Panorama laut yang sangat cantik oi! Mana mungkin nak lepaskan peluang bergambar sakan.

Photo by Ayien
Kat Pulau Burung ni memang seekor burung pun takde. Paling menarik permandangan kat sini dengan Pokok bakau dan landskap yang sejuk mata memandang. Satu lagi pemandangan yang cantik untuk bergambar. Berapa banyak kau nak bergambar daaa?


Boleh lah nak acah-acah photographer handalan kat sini. 
Photo by Ayien


Dah sampai hujung-hujung Pulau Burung ni, jangan lupa ambil peluang turun tepi pantai ni untuk bergambar sekali lagi dan lagi sementara bateri phone tengah full. Subhanallah, cantik sungguh keindahan yang Allah berikan ini untuk dinikmati oleh pandangan mata. Rasa nak pacak rumah tepi pantai ni dapat tengok permandangan indah hari-hari.




Walaupun tak dapat tengok burung tapi lebih kepada kepuasan bergambar bagi pengunjung yang datang ke sini. Kalau buat photoshoot memang cantik sangat. Lighting yang superb dan permandangan yang semulajadi cantik. Itu je lah nak cakap. Jangan kata takde apa-apa kat sini ye.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles