Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

5 Jenis Instagram Grid Layouts Yang Menarik

$
0
0
Instagram bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia internet. Instagram merupakan aplikasi media sosial yang semakin popular di gunakan selain facebook. Facebook pun dah makin agak suram selepas instagram makin digunakan dalam tujuan personal dan juga bisnes. 

Buat masa sekarang, instagram adalah platform terbaik untuk tujuan marketing atau promotion sesuatu produk. Sebab tu ramai yang berniaga lebih banyak menggunakan instagram daripada facebook. Semua orang tahu yang instagram ni untuk kita upload bermacam jenis gambar dan video. Ada yang suka upload gambar selfie, gambar produk, gambar kucing kesayangan, gambar permandangan, gambar cuti-cuti dan sebagainya lah. Memang penuh dengan gambar je lah.

Jadi, boleh di katakan instagram ni adalah galeri gambar yang kita upload. Galeri gambar di instagram ber grid 3 lajur  yang pada muka depannya ber grid 3x3. Ada sesetengah instagrammer menggunakannnya kreativiti mereka menyusun galeri mengikut tema yang mereka suka supaya lebih nampak unik, tersusun dan menarik. Ada identical lah kira nya! Mesti nak nampak lain daripada yang lain. Ada juga jenis yang tidak ambil kisah, upload gambar ikut suka tanpa sebarang tema. Ikut masing-masing lah. 

Bagi kau orang yang kisah tentang instagram feed grid layouts ni, kau orang boleh cuba gunakan beberapa idea ni untuk instagram masing-masing. 

5 Jenis Instagram Grid Layouts Yang Menarik

1. Susunan Gambar Mengikut Lajur



Agak lama juga Fiza dah terjebak menyusun gambar instagram dengan cara mengikut lajur ke bawah ni. Nampak lebih tersusun dan lebih menarik bila tengok. Tema Fiza Quotes, Makanan dan aktiviti. Ini antara feed planner yang mudah untuk Fiza jadualkan setiap hari.

2. Susunan Gambar Mengikut Baris

Susunan gambar mengikut baris juga menarik seperti membaca buku ataupun majalah. Sangat menarik. Kalau nak lebih kreatif, buat jalan cerita lagilah menarik.

3. Susunan Gambar Tiles

Susunan gambar jenis tiles ni memerlukan perancangan yang betul untuk menyusun gambar instagram feed menjadi susunan tiles yang menarik.

4.  Pepenjuru


Menyusun gambar yang sama secara pepenjuru ni agak menyusahkan tapi bila menjadi tema pepenjuru ni memang nampak cantik.

5. Ikut Suka



Rata-rata instagrammer lebih selesa menggunakan kaedah ikut suka nak upload gambar apa tanpa tema. Takde masa nak ikut tema bagai. Janji dapat upload gambar. Pun cantik juga! Jangan kata tak cantik sebab setiap gambar tu ada nilainya tersendiri. Betul tak kawan-kawan?

Kau orang yang rajin tu, sila lah menggunakan idea yang ada ni sebagai sumber inspirasi. Pilih tema yang mana boleh ikut dan suka nak buat. Pada mulanya memang macam leceh nak edit gambar bagai dan perlu upload ikut masa. Tapi bila dah biasa, of courselah lebih mudah. Kalau rasa nak upload gambar banyak sehari, upload sekali habiskan satu baris kemudian baru mulakan tema baru pada baris yang baru.

Kelebihan Menyusun Gambar Galeri Instagram 

1. Galeri gambar akan nampak lebih kemas, tersusun dan cantik. Secara tidak lansung akan lebih menarik perhatian instagrammer yang lain untuk follow atau melihat update terkini gambar anda. Jika anda seorang prefessional atau menjual produk, of courselah akan menarik perhatian lebih ramai followers. 
2. Kau orang akan jadi lebih rajin untuk upload gambar mengikut masa yang sesuai.
3. Mudah nak upload gambar kalau mengikut tema.

Contohnya boleh tengok kat instagram Fiza @azhafizah.mdnor. Alang-alang dah singgah instagram tu, silalah follow terus.

Kredit : thepreviewapp

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles