Seperti yang dirancang, sempat juga menghadirkan diri ke Majlis Konvokesyen UTP (Universiti Teknologi petronas) ke-17. Konvokesyen satu-satunya anak buah Fiza yang study di UTP. Jadi macam teruja nak pergi sebab nak tengok suasana konvokesyen dia orang macamana. Plus, nak memeriahkan suasana dan celebrate family. Bukan selalu peluang dan kenangan macam ni ada. Jadi, why not bila ada masa dan peluang kita kita turut sama memeriahkan.
Nasib juga majlis konvokesyen anak buah Fiza sebelah petang sebab sebelah pagi husband ada kerja. Lepas siap kerja, tengahari tu terus gerak ke UTP. Sempat jugalah jumpa anak buah dan family abang Fiza. Tambah teruja nak bagi statice flower bouquet buat sendiri tu.
Tahniah Azzam! Muka ada senyum |
Tengok tu betapa meriahnya majlis konvokesyen. Mana - mana konvo pun meriah. Family tumpang bangga kot dengan kejayaan para graduan yang dah berjaya tamatkan pelajaran. Majlis konvokesyen UTP ni agak lain daripada majlis konvo UiTM yang dah bisa Fiza tengok. Majlis dia agak besar dan universal. Cukup meriah dengan pelbagai negara, kaum, agama dan bangsa.
Yang diraikan entah ke mana, kita-kita je sibuk ambil gambar. |
Paling teruja tengok library UTP yang super awesome ni. See through glass je ni haa.
Seronoknya alahaii dapat belajar kat UTP ni kan. Semangat kalau nak study kat library. Acah-acah macam ulat buku. Kuikuikui.
Tak dapat tengok majlis konvokesyen UTP sepenuhnya sebab sampai pun dah nak habis majlis dah. Jadinya tak dapat lah nak cerita sangat pun. Yang penting happy dapat sampai dah meraikan graduation anak buah. Rancangnya nak pergi sekali Kellie Castle tapi masa tak mengizinkan. Kena datang Batu Gajah balik lah nampaknya lepas ni.
Tahniah untuk semua para graduan dan semoga berjaya. Bukan senang oii nak belajar sampai graduate. Kalau tak kuat semangat boleh berhenti tengah jalan. Apapun kena usaha sampai graduan dan inshaAllah bakal berjaya dalam bidang masing-masing. Good Luck!
Tahniah untuk semua para graduan dan semoga berjaya. Bukan senang oii nak belajar sampai graduate. Kalau tak kuat semangat boleh berhenti tengah jalan. Apapun kena usaha sampai graduan dan inshaAllah bakal berjaya dalam bidang masing-masing. Good Luck!