Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Kek Viral RM1 Sepotong di Segamat

$
0
0
Finally, dapat juga Fiza merasa kek viral RM1 sepotong dekat Segamat pula. Sebelum ni pernah beli kek Viral RM1 dekat Banting yang boleh dikatakan sedap juga lah berbaloi dengan harganya yang murah. Sekurang-kurangnya kalau teringin makan kek yang macam-macam perasa tak perlu keluarkan modal yang banyak sebab sepotong cuma RM1 sahaja. So kau orang boleh 10 jenis perasa dengan harga RM10 je.

Sebenarnya setiap tempat lain-lain jenis harga packaging box dia. Walaupun harga kek sepotong RM1 tapi kau orang akan dikenakan charge RM1 untuk kotak. Mungkin ini adalah strategi perniagaan kek viral RM1 ni rasanya. Mesti ada charge untuk kotak. Okaylah tu kan untuk cover semula modal berniaga. Lagipun kek dah kira murah dah lah tu. Mana nak dapat kek murah RM1 sepotong. Kuih muih pun dah cecah harga RM0.50 tau!

Sebelum balik rumah, sempat Fiza singgah kedai Cake Viral RM1.00/slice di Taman Yayasan (Jalan Highway Segamat-Kuantan) semata-mata nak beli kek viral ni lah. Sebenarnya tak tahu kat mana lokasinya dan Fiza gunakan waze je lah. Tapi waze yang bijak pandai bagi lokasi entah hutan mana entah. Terlajak jauh dah terpaksa pusing. Patah balik dan cari manual je ikut alamat tu. Finally jumpa juga. Rupanya dekat je tak jauh mana. Cari je Petronas taman Yayasan atau Mirwana dah boleh jumpa kedai ni. Seberang Mirwana ataupun depan Petronas. 


kek-viral-rm1-sepotong-di-segamat

Niat di hati nak beli macam-macam jenis perisa kek. Tapi nasib kurang baik sebab yang ada hanya beberapa kek je yang tinggal. Dah petang mungkin kek banyak habis. Katanya kalau nak lebih baik tempah dulu. Takpelah, Fiza beli mana yang ada je lah. Fiza beli 2 potong setiap jenis perisa kek untuk bawa rumah kakak Fiza dan bawa balik kampung Pilah.

kek-viral-rm1-sepotong-di-segamat

Selain kek, ada macam-macam lagi yang di jual kat kedai ni. Antaranya ada berbagai-bagai jenis buah kurma, makanan dan minuman kesihatan, cream puff, dan lain-lain lagi.

kek-viral-rm1-sepotong-di-segamat

Tak tunggu sampai rumah, Fiza makan dalam kereta je dah 3 potong kek. Selebihnya bawa balik untuk family. 

kek-viral-rm1-sepotong-di-segamat

Untuk kek viral RM1 beli kat Segamat ni lebih kurang macam kat Banting juga rasanya. Saiz kek juga lebih kurang cuma besar sikit. Pada Fiza berbaloi lah beli kalau kau orang rasa teringin tu. Nak kata sedap sangat tu tidaklah. Cuma boleh kata sedap biasa-biasa je dan berbaloi beli. Kadang-kadang kek mahal pun rasa lebih kurang juga kan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles