Selamat tengahari semua orang! Dah lunch ke belum? Kalau belum dan takde idea nak makan apa? Sesekali menu lunch boleh cuba makan Cheesy Bites Pizza hut dengan menggunakan perkhidmatan PHD (Pizza hut Delivery) je lebih senang kalau kau orang sejenis yang malas keluar. Boleh jimat tenaga sikit.
Kebetulan tekak tiba-tiba rasa macam nak makan something yang bercheese. Muncul lah idea nak makan Cheesy Bites yang selalu keluar iklan kat TV tu. Kuat betul pengaruh iklan! Kalau iklan makanan yang kau orang suka berlegar-legar kat TV tu macam susah nak tahan godaan selagi tak dapat rasa. Betul tak?

Rasa Cheesy Bites Betul-Betul Cheesy
Topping cheese yang di letakkan atas pizza tak banyak mana pun cuma paling nikmati makan cheese yang kat tepi-tepi tu. Roti lembut dan memang betul-betul cheesy sebab dalam tu diletakkan cheese. Cuma topping tengah tu agak kurang cheese lah pada Fiza. Ikut nasib lah kalau tukang masak nak terbagi topping cheese lebih untunglah kan.
Tapi bila kau orang dah mula makan yang bahagian tepi bercheese tu macam kau lupa nak makan bahagian tengah tu. Rasa macam bukan makan pizza pula. Macam makan breadstick cheese yang super sedap! Sesuai kot kalau budak-budak macam. Mesti dia orang makan bahagian tepi tu je.
Topped delicious chicken pepperoni, shredded chicken, chicken meatballs. Every bite is filled with cheddar and mozzarella-Pizza Hut
Saiz Cheesy Bites
Didatangkan dalam saiz regular. Kalau kau orang hantu cheese, rasanya cukup-cukup untuk kau orang seorang je. Ada baiknya kau orang beli lebih kalau nak makan beramai-ramai. Tapi kalau sekadar nak merasa, beli 1 je dah mencukupi lah kot.