Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet

$
0
0
Prof Hariz, satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia internet marketing Malaysia yang kini berkhidmat di sebuah syarikat Insurans yang dikenali dengan nama PolicyStreet. Bagi yang belum mengenali Prof Hariz dengan lebih lagi, anda boleh baca artikel ini sehingga habis dan anda pasti tidak akan menyesal mengenali Prof Hariz.


APAKAH INTERNET MARKETING @ PEMASARAN INTERNET

Internet Marketing atau dikenali dengan pemasaran internet adalah sejenis pemasaran dan periklanan melalui internet dengan menggunakan menggunakan media online seperti blog, facebook, instagram untuk mempromosikan sesuatu produk atau sesebuah perkhidmatan kepada pengguna dengan cara yang lebih berkesan, mudah dan cepat.


Internet marketing terdiri daripada beberapa teknik seperti Search engine optimization (SEO), niche, pemasaran melalui email, promosi web menggunakan sistem affiliate, pembinaan jumlah pautan laman web, kemasukan direktori dan pelbagai jenis teknik lagi yang boleh diguna pakai untuk tujuan internet marketing.

Dengan menggunakan cara internet marketing ini, ianya dapat dilihat jauh lebih bagus dan lebih berkesan berbanding pemasaran menggunakan kaedah lama seperti surat khabar, majalah, radio dan sebagainya. Ini kerana kaedah menggunakan internet sangat murah dan untuk mencari pelanggan lebih mudah.

KENALI PROF HARIZ PAKAR INTERNET MARKETING MALAYSIA

Ridhauddin Hariz atau lebih dikenali dengan nama Prof Hariz adalah anak kelahiran Permatang Pauh, Pulau Pinang. Prof Hariz merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik dan telah kehilangan seorang ayah semasa baru berusia 3 bulan selepas dilahirkan. Ini menjadikan beliau seorang yang tabah dalam mengharungi kehidupan sehingga ke hari ini.


Prof Hariz merupakan lulusan Diploma Sistem Komputer, Kolej ADTEC Melaka. Dengan memiliki ilmu dalam jurusan tersebut, Prof Hariz menggunakan kebolehan yang ada dalam bidang komputer serta internet. Seterusnya melangkah ke alam pekerjaan dalam bidang online marketing dan pemasaran secara online dengan lebih serius lagi.

Syarikat PH ProjectBase Resources adalah syarikat pertama yang ditubuhkan oleh Prof Hariz sendiri pada tahun 2014. Bermula dengan penubuhan syarikat baru ini, Prof Hariz mula berjinak-jinak dalam kaedah pemasaran secara online dengan menggunakan media sosial sebagai langkah permulaan yang baik untuk internet marketing.



Selain itu, Prof Hariz juga menggunakan strategi pemasaran dengan menggunakan email, Search Engine Optimization (SEO), Google Analytics, reka bentuk laman web ( Design website) dan pemasaran melalui konsep funnel marketing. Dengan menggunakan kaedah tersebut, beliau telah berjaya membantu ramai peniaga dan syarikat-syarikat besar mencapai hasil jualan yang hebat sekaligus meningkatkan strategi pemasaran produk mereka.

Kepakaran dan pengalaman Prof Hariz berkaitan dengan SEO telah membuat Syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad tidak teragak-agak untuk melantik Prof Hariz memegang tanggungjawab yang besar dalam menghasilkan idea serta strategi yang baru dalam pemasaran yang lebih inovatif menggunakan teknologi internet terkini yang sedia ada seperti menghasilkan laman web, blog, komuniti media sosial dan sebagainya.



Tahun 2017, Prof Hariz maju setapak lagi menjawat yang lebih tinggi sebagai penasihat SEO terkemuka di Syarikat AS White Global Sdn Bhd, Malaysia. Prof Hariz diberi tanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien bukan sahaja di Malaysia. Malah, klien-klien dari Australia, US, UK, Singapore dan Germany juga seringkali menggunakan perkhidmatan SEO Prof Hariz.



KEJAYAAN BESAR PROF HARIZ

Dahulunya, Pakar SEO atau Online Marketing Specialist adalah gelaran yang diberikan kepada Prof Hariz di atas segala pencapaian dan kejayaan yang dicapai oleh Prof Hariz sendiri. Terkini, lebih dikenali sebagai Tuan Hariz atau Prof Hariz kerana pencapaiannya Prof Hariz yang sangat membanggakan membuatkan ramai yang kagum dengan kejayaannya.


1. Pada bulan Ogos 2014, Prof Hariz telah menganjurkan satu program diet bersama Utusan Malaysia yang diberi nama "Prof Hariz Kongsi Tips Kurus" secara online yang melibatkan 500 orang peserta di seluruh Malaysia. Program secara online ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada rakyat Malaysia dan membuatkan program ini berjaya dengan jayanya.

2. Prof Hariz telah menjana jualan e-book sehingga RM100, 000 dalam masa 5 bulan melalui penjualan ebook kerjaya, membantu calon-calon menduduki peperiksaan online serta temuduga SPA. Kejayaan ini telah mengiktiraf Prof Hariz sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya pada Disember 2014.

3. Pada Disember 2014 juga, Prof Hariz telah mengadakan seminar Buat Duit Affiliate melalui blog di Karangkraf dimana Prof Hariz banyak berkongsi pengalaman di dalam dunia perniagaan secara affiliate yang boleh memberikan keuntungan yang banyak dalam masa yang singkat dengan menggunakan teknik-teknik yang betul.

4. Prof Hariz telah menganjurkan bengkel dan seminar yang terbaik iaitu Bengkel / Seminar Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai( Mac 2015), Bengkel Affiliate Ninja pada (April 2015), Bengkel Email Marketing (Jun 2015) dan Private group coaching bersama Shaklee Malaysia (Disember 2015) dalam merangka strategi penjualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016.

5. Pada Februari 2016, Prof Hariz telah bekerjasama dengan Irfan Khairi dalam sebuah seminar khusus bagi membantu para peniaga membuat jualan produk mereka secara online melalui blog yang dapat membantu melariskan jualan produk mereka dalam jangka masa panjang serta memudahkan mereka.

6. Prof Hariz juga telah menganjurkan Program Private Coaching Group 365 pada Ogos 2015 ( Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog) bersama 40 orang suri rumah. Daripada program tersebut, Prof Hariz telah berjaya membantu seramai 10 orang suri rumah untuk menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan secara konsisten hanya dari rumah. Hebat bukan?


7. Pada Disember 2014, Prof Hariz telah dijemput untuk ditemuramah oleh Astro Awani bagi memberikan pendapat beliau berkaitan tentang Potensi Digital Ekonomi untuk negara Malaysia. Dalam pada masa yang sama juga, Jack Ma iaitu pengasas dan pemilik syarikat gergasi Alibaba Group of Companies telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.

PERKHIDMATAN INTERNET MARKETING PROF HARIZ TERBAIK DI MALAYSIA


Perkhidmatan SEO adalah kepakaran Prof Hariz yang  telah banyak membantu para peniaga online. Prof Hariz juga menawarkan servis review di blog beliau sendiri iaitu www.profhariz.com untuk peniaga online yang mahu memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai dengan cara yang lebih cepat. Artikel review tersebut dilengkap dengan ciri-ciri SEO yang dapat membantu meningkatkan hasil jualan berlipat kali ganda daripada biasa. Lain-lain perkhidmatan seperti dibawah turut disediakan oleh Prof Hariz.

  • Marketing di Google
  • Personal coaching Zero Marketing to Hero
  • Funnel Marketing
  • Review


HUBUNGI PROF HARIZ


Sekiranya anda baru sahaja memulakan perniagaan dan tidak tahu cara untuk membuat marketing atau berminat untuk melariskan jualan produk anda, Prof Hariz sedia membantu sebagai penasihat perniagaan anda. Hubungi Prof Hariz segera di laman sosial di bawah atau lebih cepat dengan cara whatsapp 6012-5336713


PROF HARIZ INTERNET MARKETING MALAYSIA BY POLICYSTREET

Sebagai seorang Pengurus Internet Marketing di syarikat Insurans PolicyStreet, Prof Hariz mempunyai tanggungjawab yang lebih besar lagi dalam melebarkan lagi kepakaran beliau dalam bidang ini. Apa yang perlu anda tahu tentang PolicyStreet, teruskan pembacaan anda sehingga habis.

TENTANG POLICYSTREET

prof-hariz-internet-marketing-by-policystreet

PolicyStreet merupakan insurans yang lebih mudah, senang dan mampu bayar oleh semua orang kerana PolicyStreet lebih mengutamakan mereka yang memerlukan insurans contohnya seperti syarikat, universiti, usahawan, kelab kesihatan, dan lain-lain lagi.

Antara jenis insurans yang ditawarkan oleh Syarikat Insurans PolicyStreet mengikut keperluan adalah seperti berikut :
  • Insurans Perubatan
  • Diabetes
  • Kanser
  • Kehidupan yang mampu
  • Tulang belakang
  • Bantuan jalan raya jangka pendek
  • Peralatan musik
  • Perbehentian kerja

Lebih menarik lagi, Syarikat Insurans PolicyStreet ini juga menawarkan servis insurans untuk kelompok-kelompok yang lebih kecil seperti :
  • Keracunan makanan
  • Kerosakan rambut
  • Sewaan
  • Berbasikal
  • Keracunan alkohol
  • Menonton
  • Mendaki
  • Penyewa
  • Perlawanan bolasepak
  • Cinta
  • Peralatan musik
  • Perkahwinan
  • Majlis pengebumian


DAPATKAN SEGERA INSURANS POLICYSTREET

Apa kata anda? Setelah anda baca artikel ini sehingga habis, sudah pasti anda dapati insurans yang ditawarkan oleh PolicyStreet mampu memenuhi keperluan anda serta sangat penting untuk kehidupan anda di masa akan datang kerana kita sendiri tidak akan menjangka apa yang bakal berlaku.

Sekiranya anda mempunyai insurans, sedikit sebanyak dapat meringankan beban anda dan sekaligus dapat mencipta masa depan yang lebih terjamin bersama PolicyStreet. Jangan berlengah lagi, hubungi PolicyStreet Segera!!!


"Contest Cash RM1100 by PH x Emas Putih di Sponser Oleh Prof Hariz dan Emas Putih. Untuk join contest ini sila rujuk disini"

Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles