Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Pisang Goreng Hipster

$
0
0
Zaman sekarang bermacam-macam jenis makanan ada. Makanan tradisional banyak di ubah suai menjadi makanan tradisional moden yang kebanyakkannya menjadi viral dan di jual di sana sini. Contohnya pisang goreng cheese yang pernah menjadi viral dan mendapat sambutan ramai. Sampai sekarang masih lagi dijual. Terbaru, pisang goreng hipster pula dah. Nak tahu macamana rupa pisang goreng hipster tu, sila tengok gambar di bawah ini.


Kalau pisang goreng cheese di taburkan cheese parut dan adakalanya ditaburkan pecahan biskut oreo. Tapi pisang goreng hipster ni ada macam-macam benda manis. Lain macam betul rupa pisang goreng zaman sekarang ni. Siap ada coklat, kekacang dan entah apa lagi diletakkan pun Fiza tak pasti.

Katanya pisang goreng hipster ni kau orang boleh makan di B.L.O.C Johor Bahru. Silalah cari kalau nak cuba rasa. Apakah rasanya? Mungkin sama macam banana chocolate? Daripada gambar macam nampak ada aiskrim juga atas tu kan?

Macam-macam jenis pisang goreng ada. Itu belum yang di lenyekkan baru di goreng tu. Entah apa namanya pun tak pasti. Pisang lenyek goreng tu katanya popular di Thailand. Thailand memang terkenal dengan makanan-makanan macam ni. Lepas tu merebak masuk Malaysia terus viral.

Tapi kalau Fiza, pisang goreng cicah sambal kicap juga paling sedap! Orang johor je makan cara macam tu. Kalau pergi negeri lain beli pisang goreng tak dapat sambal kicap. Tapi kalau di Johor, beli pisang goreng siap sekali pakej dengan sambal kicap.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles