Semacam nampak sibuk je semua orang hari sabtu dan ahad yang dah berlalu. Masing-masing mungkin sibuk dengan tarikh 11.11 dan sibuk dengan aktiviti yang lain. Fiza pun tak ketinggalan pergi majlis kenduri kahwin sepupu husband 11.11 yang lepas. Senang nak ingat tarikh tu dan ramai sungguh pilih tarikh tu untuk buat majlis sampai satu tempat ada 2 majlis. Semua pakat berebut nak buat hari tarikh 11.11 tu ye.
Tahniah buat semua yang melansungkan majlis bertunang, bernikah dan lain-lain. Salah satu benda yang diberikan untuk tetamu adalah doorgift kekacang yang di letakkan di dalam botol comel macam ni. Sekarang zaman bunga telur dah berlalu. Dah banyak door gift yang macam-macam diberikan oleh tuan rumah.
Bekas plastik atau botol kaca yang comel dah banyak digunakan untuk meletakkan kekacang, pop corn, biskut dan sebagainya untuk para tetamu. Sangat menarik. Botol tu pun nanti boleh digunakan untuk simpan apa yang patut dan boleh juga dijadikan perhiasan dalam rumah.
Door gift macam ni agak mahal juga costnya. Harga botol kaca lebih kurang RM1, kekacang sen-sen, tali sen-sen dan sticker sen-sen. Lebih kurang kos untuk satu botol lebih kurang RM2 lebih. Okay, Fiza tolong kira untuk kau orang yang nak buat door gift macam ni nanti. Kena pandai cari supplier botol kaca murah dan kekacang murah. Baru lah tak over bajet untuk door gift sahaja. Fiza antara orang yang suka jenis door gift macam ni sebab comel dan cantik. Memang simpan buat kenangan. For sure tetamu yang dapat ni tak kan buang.