Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Rumah Terbalik Tarikan Terbaru di Kuala Lumpur

$
0
0
Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia yang cukup terkenal dengan sebuah kota yang penuh kemeriahan tidak kira siang ataupun malam. Tidak hairanlah mengapa Kuala Lumpur sering menjadi tumpuan para pelancong ataupun rakyat Malaysia sendiri yang gemar menghabiskan percutian mereka  menginap di Hotel Kuala Lumpur. Memandangkan tidak lama lagi akan bermula cuti sekolah, mungkin Kuala Lumpur boleh di senaraikan dalam tempat percutian anda sekeluarga.


Bercuti di Kuala Lumpur dan bermalam di Hotel Kuala Lumpur akan membuatkan anda dapat melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga daripada aktiviti lasak sehingga lah aktiviti santai samada berbayar atau percuma. Rugilah kalau dah bercuti di Kuala Lumpur tapi tak terokai semua tempat menarik yang ada di Kuala Lumpur yang gah ini.

Rumah terbalik atau lebih dikenali dengan nama Upside Down House suatu ketika dulu sangat popular di Sabah. Rumah terbalik salah satu tempat menarik wajib pergi sekiranya bercuti di Sabah. Rumah terbalik yang terletak di Sabah adalah rumah terbalik yang pertama di Asia Tenggara yang mempunyai struktur terbaik di didunia dan telah dinobatkan sebagai rumah terbalik pertama di Malaysia di dalam Malaysia Book of Records.


Kini, rumah terbalik bukan hanya terdapat di Sabah sahaja kerana kebanyakkan negeri-negeri di Semenanjung telah menjadikan rumah terbalik sebagai tarikan utama untuk pelancong-pelancong yang datang bercuti. Rakyat Malaysia yang berada di semenanjung berpeluang merasai pengalaman berada di rumah terbalik tanpa perlu pergi ke Sabah lagi. Salah satunya rumah terbalik yang anda semua boleh pergi adalah rumah terbalik di Kuala Lumpur.

Rumah Terbalik di Kuala Lumpur

Rumah terbalik di Kuala Lumpur dikatakan antara tempat menarik terbaru yang terdapat di Kuala Lumpur yang ramai tidak tentang kewujudannya. Bagi anda yang singgah di Menara Kuala Lumpur, jangan lepaskan peluang untuk singgah di rumah terbalik di Kuala Lumpur kerana rumah terbalik ini terletak di Menara Kuala Lumpur ( Kuala Lumpur Tower)



Menariknya, rumah terbalik ini adalah yang pertama wujud di Kuala Lumpur dan merupakan rumah terbalik yang tertinggi di Malaysia. Apa yang uniknya tentang rumah terbalik ni adalah kesemua barangan yang terdapat di dalam rumah ataupun luar rumah berada di dalam kedudukan terbalik. Keunikan sebegini memberikan pengalaman yang menyeronokkkan untuk semua pengunjung terutamanya golongan kanak-kanak.


Golongan dewasa juga tidak mahu ketinggalan merasainya pengalaman tersebut dan teruja untuk bergambar sakan ketika berada di rumah terbalik ini. Rekaan rumah terbalik juga mempunyai daya tarikan tersendiri selain berada di dalam keadaan terbalik, warna-warna yang digunakan juga sangat menarik dan menceriakan membuatkan pengunjung tidak mahu melepaskan peluang bergembira di apabila berada di sini.

Waktu Operasi
Setiap Hari (9.00am – 7.00pm)

Harga Tiket Upside Down House
Dewasa RM15
Kanak-kanak RM10

Alang-alang dah berada di Menara Kuala Lumpur, jangan lepaskan peluang juga untuk rasakan pengalaman berada di dalam Skybox sambil menikmati panorama kotaraya Kuala Lumpur. Skybox juga dalah tarikan terbaru yang ada di Menara Kuala Lumpur di mana ianya merupakan sebuah kotak berdinding dan berlantaikan kaca setebal 3 inci yang berada pada ketinggian 300 meter. Akan tetapi, ianya di buka untuk mereka yang berumur 13 tahun ke atas sahaja. 

Harga tiket Skybox
RM105 untuk pelancong asing
RM75 untuk warganegara Malaysia. 

Menginap di Hotel Kuala Lumpur

Rasanya tak puas jika bercuti di Kuala Lumpur dalam masa yang singkat. Sebaiknya ada perlu menginap di mana-mana Hotel Kuala Lumpur untuk menghabiskan masa cuti anda ketika berada si sini. Untuk percutian yang bajet, anda boleh memilih untuk menginap di Hotel Kuala Lumpur yang banyak menawarkan harga-harga yang sangat berpatutan.


Atau anda boleh pilih untuk menginap di hotel mewah yang terkenal seperti Grand Hyatt, The Majestic dan Capri By Fraser untuk kelesaan yang maksima. Terpulang kepada bajet dan keperluan masing-masing ketika bercuti di Kuala Lumpur. Yang pastinya bercuti di Kuala Lumpur akan memberikan kenangan bercuti yang menyerokkan buat semua orang walaupun Kuala Lumpur sebuah kotaraya yang sangat sibuk. Menginap di Hotel Kuala Lumpur pula akan memberikan pengalaman menikmati suasana malam yang penuh bercahaya dengan lampu warna warni. 

Jika anda ingin menikmati lebih banyak keseronokan ketika bercuti, anda boleh terokai banyak lagi tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur seperti Menara Berkembar Petronas (Petronas Twin Towers atau lebih dikenali dengan KLCC), Batu Caves, Bangunan Sultan Abdul Samad, Sunway Lagoon Theme Park, Aquaria KLCC, Taman Burung (KL Bird Park) dan banyak lagi tempat-tempat menarik yang terkenal di Kuala Lumpur.

Jom Shopping di Kuala Lumpur!

Tidak lengkap kalau bercuti di Kuala Lumpur tanpa ber shopping. Sedia maklum kita tahu yang Kuala Lumpur sangat kaya dengan pusat membeli belah yang cukup besar dan mewah. Sebut sahaja barang apa yang anda hendak beli, sudah pasti ada di jual. Antara pusat membeli belah yang popular di Kuala Lumpur adalah Pavilion, Mid Valley Megamall, Berjaya Times Square, IKEA, The Curve, IOI City Mall, Quill City Mall dan banyak lagi.



Selain itu, anda boleh shopping sourvenir atau barang antik di Pasar Seni (Central Market) dan juga barangan murah di Chinatown/Petaling Street atau barangan berjenama di Bukit Bintang. Untuk memastikan anda berpeluang merasakan semua pengalaman di tempat-tempat menarik di sini, pastikan anda menginap di Hotel Kuala Lumpur yang lebih strategik.

Bercuti di Kuala Lumpur juga memberikan pengalaman yang menarik di mana anda berpeluang menaiki KRT (Light Rail Transit), MRT ( Mass Rapid Transit), KTM Komuter dan hop on hop off bus untuk terokai suasana Kuala Lumpur dengan lebih lagi. Jadi, anda tidak perlu risau untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain kerana terdapat banyak kemudahan pengangkutan awam. 


Malah, dengan kemudahan sebegini secara tidak lansung boleh menjimatkan tenaga untuk memandu ataupun mengelakkan berhadapan dengan trafik jammed. Percutian anda sekeluarga menjadi lebih santai dan dapat menikmati percutian yang lebih bermakna bersama keluarga. Tambahan lagi, dapat menikmati permandangan Kuala Lumpur dari sudut yang berbeza yang tidak dapat di lihat jika anda menaiki kereta.

Bercuti di Kuala Lumpur adalah satu pengalaman yang menarik untuk di abadikan jika anda pandai merancang perjalanan percutian anda dan tidak merancang di minit akhir yang mungkin menjadikan percutian anda sesuatu yang tidak mahu dingati. Jadi, rancanglah percutian anda lebih awal dan rancanglah secara bijak supaya anda tidak membuang masa, tenaga dan duit anda  dengan sia-sia.

Untuk ketahui lebih banyak lagi tempat-tempat menarik atau tarikan terbaru yang anda tidak tahu di Malaysia, anda boleh lihat senarai Malaysia's hidden gems untuk anda masukkan dalam tempat-tempat yang wajib anda terokai semasa bercuti atau akan bercuti di masa akan datang.

Selamat bercuti!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles