Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8019

Jaan Punching Bag

$
0
0
Ramai yang kongsikan cerita tentang Jaan Punching Bag di facebook. Mulanya tertanya-tanya juga apakah 'Jaan Punching Bag' yang dorang dok sibuk kongsikan tu. Nak kata viral, tak jugaklah kot. Bila ramai yang kongsikan sehingga puluhan ribu share, Fiza pun rasa nak tahu dan terjebak membaca kisah seorang gadis yang bernama Alisha.

Disebabkan Fiza bukanlah sejenis yang suka membaca novel, baca part 1 Fiza dah mula rasa bosan dan skip membaca part yang penting je. Macam kurang best penulisan penulis ni. Jadi, tak dapat nak fahami atau menghayati cerita ni sampai habis. Masuk part 2 Fiza baca sikit je sebab macam malas dah membaca cerita tu walaupun nak tahu sangat kisah benar ni.

Sudahnya Fiza tutup je lah sebab macam tak menarik untuk ambil tahu. Lagipun ada 15 part untuk cerita ini sahaja. Part 1 pun dah panjang, inikan Fiza nak habis baca sampai part 15. Memang tak lah kan. Kagum dengan mereka yang gigih membaca sampai habis cerita ni. Ada yang kata tak logik, ada juga yang menangis selepas membacanya.


Bagi kau orang yang nak tahu sangat tapi malas nak baca macam Fiza sebab tak minat baca macam penulisan novel, baca je sipnosis yang dikongsikan oleh Shahada Fauzi. Thanks sudi kongsikan, senang baca sinopsis je. Terus faham cerita Jaan Punching Bag ni.

Sipnopsis Jaan Punching Bag :
Kisah hidup sorg budak pompuan yg kematian ibu pd umur 9 thn. Bapak start buat perangai gila pompuan dan dadah bila ibu dia sakit teruk. Ibu meninggal dia kena dera dgn bapak. Sampai 2 kali kawen usia muda sebab macam bapak jual utk langsai hutang.
Kena kawen umur 12thn. Tapi secara sembunyi sbb masih bawah umur. Jadi hamba s*** je kat suaminye. Bila famili laki hampir dpt tahu perkahwinan rahsia dorg tu dia kena cerai.
Umur 15 thun kena kawen dgn Pakistan umur 49tahun. Kena kongkong. Sama jln hidup dgn laki 1st. Jadi hamba s*** jgk. Lagi tragis. 😅
Kena dera dengan famili laki tu masa kat pakistan. Anak dia kena ambik dgn famili laki tu. Tinggal kat Pakistan. Dipisahkan dari dia. Dah cerai dengan Pakistan. Cuma masih berhubung sebab anak.
Skrg umur pompuan tu dh 16 tahun. Dah hidup bebas dr cengkaman lelaki2 yg kawen dgn dia utk jadikan dia hamba s*** je. Sedang bina hidup baru. Bapaknye dah insaf. Katanye baru meninggal.
Punching bag sebab dia selalu kena pukul dengan bapaknye. Lepas tu dengan suami yg Pakistan tu pulak. Katanye org nye lawaaaa amat. Ada penulis tu kongsi gambar. 

Fiza pun tak pasti ini kisah sebenar atau tidak.  Wallahu a'lam. Kalau ianya kisah benar, moga Allah lindungi Alisha dan dipertemukan dengan anaknya. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8019

Trending Articles