Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Jenis-Jenis Foundation Untuk Makeup Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit

$
0
0
Foundation benda yang paling penting wajib ada dalam koleksi barang makeup. Kalau tak ada foundation memang tak macam makeup lah. Dengan adanya foundation lah dapat membuatkan kulit nampak flawless dalam sekelip mata. Cukuplah tepek-tepek foundation dah boleh buatkan kau orang rasa yakin nak keluar rumah.


Fungsi utama foundation adalah untuk menutup segala cela pada muka macam jerawat, jeragat, parut dan sebagainya. Foundation terdapat beberapa jenis-jenis foundation dan shades. Memang rambang mata nak memilih mana yang sesuai untuk kulit sendiri. Betul tak? Lagi-lagi kalau tak arif bab makeup ni memang kadang-kadang tu terpaksa try and error cuba foundation mana yang lebih sesuai dengan kulit muka sendiri. Yang penting kena tahu foundation jenis apa yang sesuai dengan jenis kulit muka. Lepas tu pilihan shade kedua penting.

LIQUID FOUNDATION



Dalam banyak-banyak jenis foundation, Fiza lebih suka foundation jenis liquid sebab mudah nak blend pada kulit muka guna berus ataupun span. Kebanyakkan foundation jenis liquid mengandungi water based formula untuk kulit yang berminyak dan oil based untuk jenis kulit kering. Dengan lambakan pelbagai jenis foundation, banyak pilihan shade yang boleh disesuaikan dengan warna kulit masing-masing.

CREAM FOUNDATION



Foundation jenis cream sangat sesuai untuk kau orang yang mempunyai jenis kulit kering sebab tekstur dia krim dan berminyak. Selain tu dapat melembapkan kulit muka. Jadi, tak sesuai untuk yang kulit berminyak. Walaupun tekstur dia bila dipakai nampak macam tebal tapi mampu cover segala jenis parut, kulit jadi licin bak barbie doll dan flawless dalam sekelip mata. 

Foundation jenis cream juga menjanjikan makeup tahan lebih lama dan cara pakai cuma dab-dab sahaja menggunakan span untuk tidak nampak berminyak dan bercapuk. Agak susah untuk tanggalkan makeup kalau guna cream foundation ni, perlu menggunakan makeup remover. Nak makeup lagi nampak kemas, kemaskan dengan penggunaan translucent powder supaya tak nampak berminyak sangat.

STICK FOUNDATION


Stick foundation salah satu foundation yang mudah nak apply pada muka sebab didatangkan dalam bentuk stick. Sangat sesuai untuk kulit yang berminyak sebab bila blend pada muka dia akan jadi kering dan sapuan cepat rata sekata. Tak perlu nak pakai bedak dah sebab akan nampak lebih kering. Kalau kau orang jenis kulit kering, jangan sesekali pakai jenis stick okay!


MOUSSE FOUNDATION


Sekali imbas, mousse foundation ni macam bedak loose powder. Boleh dikatakan powder foundation lah juga. Tekstur dia padat dan memberikan kesan matte finish. Sangat sesuailah untuk jenis kulit yang berminyak sebab selepas blend dia akan membuatkan kulit jadi kering.

Setakat ni Fiza pernah cuba liquid,cream dan stick foundation je. Mousse foundation belum cuba lagi. Antara 3 yang Fiza pernah cuba tu, paling suka pakai liquid sebab mudah nak blend dan cuci makeup. Fiza pernah cuba Maybelline, AlifNur, RoseTyara dan Mary Kay. Paling best Mary Kay lah tapi nak cuba NYX pula. 

Yang jenis cream Fiza pernah cuba supra dan sendayu tinggi. Setakat ni pakai sendayu tinggi okay lagi lah. Stick foundation pernah cuba Maybelline je. Sekarang ni dah banyak sangat produk jadi rambang mata nak pilih mana satu. Ye lah kan, harga foundation bukan murah. Kalau setiap produk ada trial pack okaylah juga nak try beli dan guna. Tapi ada jugalah sesetengah produk jual trial pack.

Since dah kaji sikit jenis foundation tu, memudahkan lah sikit kerja mencari foundation yang sesuai. Kalau kau orang suka pakai jenis yang mana satu? Boleh suggest liquid foundation yang best tak? Tolong komen kat kotak komen ye. Terima kasih semua.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles