Semalam berakhirlah sudah episod kisah drama pakcik dan Hanan dalam kekasih paksa rela. Takde dah team pakcik, team kak ros, team hanan, team zilla, team yusman, team mak senah, team shiqin semua tu. Yang tinggal hanya team makcik bawang yang tak pernah hilang. Macamana dengan pengakhiran cerita tu malam semalam?
Ada yang tak puas hati dengan pengakhiran cerita tu. Kesian kak ros. Kiranya cerita ni hanya happy ending sebelah pihak je. Lebih happy kalau mereka boleh bermadu dan tinggal bersama. Cerita ni pada mulanya dianggap seperti Pedophilia. Ye lah kan, orang tua suka budak sekolah. Lepas ni jangan ada budak sekolah yang memandai-mandai nak cari orang tua ataupun laki orang pula sebab terpengaruh dengan drama. Haip!

Well, apa yang menarik perhatian Fiza dalam episod akhir drama kekasih paksa rela semalam adalah rumah pokok pada babak terakhir tu permandangan dari pandangan atas drone. Memang cantik sangat! Sesuai sangat untuk berhoney moon ataupun sambut anniversary kat situ. Rasa tenang dan sangat relaks bersantai berdua dengan permandangan laut dan bunyi ombak laut. Memang romantiklah!
Cari punya cari, baru lah tahu nama tempat tu adalah Villa Zarra, iaitu rumah pokok pertama yang dibina di Pulau Leebong. Pulau Leebong terletak di Belitung, Indonesia. Nampaknya lepas ni ramailah berbulan madu di Belitung semata-mata untuk menginap di Villa Zarra ni. Seriously sangat suka dengan design rumah pokok ni dan juga suasana di sini. Design luar dia cantik, dekorasi dalam rumah ni mesti lagi exotic kan?
Untunglah siapa yang dapat kesini. Fiza kena bermimpi dulu. Itu pun kalau ada rezeki termimpi. Tapi takpe, berangan pun boleh sebab berangan itu percuma dan semua orang pun mampu buat angan-angan.
Untunglah siapa yang dapat kesini. Fiza kena bermimpi dulu. Itu pun kalau ada rezeki termimpi. Tapi takpe, berangan pun boleh sebab berangan itu percuma dan semua orang pun mampu buat angan-angan.