Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Teh Cheese Eden Cowboy

$
0
0
Cuaca tengah panas memang syok kalau dapat minuman sejuk. Sekali minum secawan besar pun boleh habis. Tak kiralah air manis ke air masak ke, kalau masa cuaca panas memang air sejuk pilihan utama. Bercakap tentang air, pernah satu masa dulu viral air kopi cawan besar. Masa tu lah ramai peniaga yang jual air kopi yang lebih kurang sama dan rata-rata peniaga jual dalam rate RM5 secawan.

Memang laku keras jualan air kopi tu seluruh negeri dalam Malaysia ni. Tapi itulah bila menjalankan perniagaan bermusim bila habis musim, tak nampak dah peniaga jual air kopi tu. Adalah juga beberapa kedai yang masih meneruskan perniagaan air. Salah satu kedai minuman yang bermusim adalah Eden Cowboy.

Kalau kau orang pernah tersinggah atau terlalu di Kuala Pilah, mesti kau orang akan perasan kedai ala-ala pondok di tepi jalan namanya Eden Cowboy. Nak cerita sejarah kedai ni macam panjang sangat ceritanya sebab dah berpindah randah lokasi dan waktu buka kedai sentiasa berubah. Terbaru, kedai ni hanya buka sabtu dan ahad je. So kalau balik kampung Kuala Pilah adalah rezeki nak merasa air yang rare kat sini selain air kopi. Sebelum ni pernah cuba Noneh kocak (nanas kocak). Boleh tahan sedap.



Teh Cheese salah satu menu minuman paling baru di pondok Eden Cowboy. Terbeli sebab terpandang banner Eden Cowboy dan kemudian tergoda nak merasa. Sejak kedai Eden Cowboy beroperasi kembali waktu hujung minggu, jalan pun mula sesak kat situ. Almaklumlah jalan utama. Kalau dah dapat parking, nak masuk jalan semula memang kena menunggu lama sebab banyak kenderaan lalu-lalang. Di tambah pula jammed, memang adakalanya malas nak berhenti beli.

Apa rasa Teh Cheese ni? Pertama kali Fiza sedut, Fiza rasa teh susu macam biasa tapi macam terlalu manis. Macam teh yang kurang pekat dan terlebih susu. Ke sebab rasa teh cheese memang macam ni? First time kan, so tak tahu rasa sebenarnya. Tapi lama-lama minum barulah terasa cheese tu. Barulah rasa teh cheese yang creamy. Camne entah nak gambar rasa dia. Kau orang pernah rasa tak?

Pada Fiza, setakat ni bolehlah tekak menerimanya. Tapi tapi tapi setelah beberapa jam dan setelah Fiza simpan dalam peti ais rasa dia jadi macam tak sedap. Mungkin campuran cheese dan susu pekat sangat macam menimbulkan rasa mual nak muntah. So, kalau nak rasa sedap minum terus selepas beli jangan simpan-simpan baru nak minum. Melainkan kau orang peminat cheese.

Walaupun Fiza peminat cheese tapi pelik kali ini Fiza tak setuju cheese dicampur dalam minuman. Rasa dia lain macam dan cepat muak. Ke Fiza je yang rasa macam tu. Lepas ni tak nak cuba teh cheese lagi. Harga satu cawan besar pun boleh tahan mahal harganya RM8. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles