Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

White Coffee 7Eleven RM3 Pun Sedap!

$
0
0
Selamat pagi! Pagi-pagi ni kalau pekena kopi secawan memang umphh. Bagi penggemar kopi mesti ada sejenis kopi yang menjadi favourite kau orang kan wahai pencinta kopi. Starbucks, Costa dan beberapa lagi adalah kopi premium yang mahal. Kalau nak minum setiap hari boleh rabak poket dibuatnya. Well, kita ada banyak pilihan kopi yang sedap, salah satunya Kopi panas RM3 yang dijual di 7-Eleven. 

Walaupun hanya RM3 tapi rasa sedap kopi dia boleh tahan. Paling Favourite white coffee. Pernah cuba teh tarik tapi tawar ya amat! Memang tak boleh masuk ke tekak. Sudahnya kalau ke 7 Eleven beli white coffee je lah yang rasa macam okay untuk tekak sendiri.



Agak-agak pagi tu tak sempat nak sediakan breakfast boleh singgah 7-Eleven dalam perjalanan ke tempat kerja. Bolehlah cuba rasa Premium Roast Coffee yang terbaik 100% kopi Arabica dari Colombia dan Brazil katanya. Untuk premium ada satu saiz je 8oz dan untuk regular ada 2 saiz iaitu 12oz dan 8oz.

Susah nak tepis bau kopi?
Bau Kopi dia memang best! Mana ada bau kopi yang tak best kan? Aroma dia tak mampu nak menolak. Itu yang susah tu yang jauhkan kopi. Tapi minum kopi kena berpada-pada jugalah. Jangan kerap sangat minum sehari bercawan-cawan sebab akan menjejaskan tahap kesihatan badan. Ada orang kalau tak dapat minum kopi boleh stress dibuatnya. Jenis Fiza, kalau pening kepala minum kopi boleh terus okay tak perlu telan panadol.

Lupakan Minuman 3 in 1!
Sipa pencinta kopi? Kita geng! Cuma sekarang Fiza dalam proses kurangkan minum kopi. Tambah-tambah lagi kopi 3 in 1 yang sememangnya kita tahu memang tak bagus untuk kesihatan. Tahu tentang itu tapi itulah yang sedap kan? Kena sedar dari awal. Sekarang misi untuk menghabiskan stok yang ada, then lupakan secara berperingkat. Cewahhh, siap ada berperingkat lagi tu. Ye lah, bukan mudah nak move on, ye tak? 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles