Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Design Sampul Duit Raya Hipster 2018 by Azhafizah Network

$
0
0
Ye, tahu. Raya lambat lagi. Sajalah nak promote awal design sampul duit raya hipster untuk tahun 2018 ni sebab sekarang pun dah ramai yang tempah awal. Alang-alang dah ada yang tempah awal, Fiza siapkan beberapa design terbaru untuk tahun ni. Tahun ni tak banyak design Fiza siapkan sebab kekangan masa dengan urusan family. Jadi, Fiza tambah 4 design je lah setakat ni.


Kalau ada masa nanti Fiza akan tambah design. Kalau sibuk sangat, setakat ini je lah dulu tambahan design yang baru. Design untuk tahun ni Fiza ketengahkan corak batik dan songket yang ada kena mengena dengan tema raya. Sesiapa yang bertemakan baju raya batik atau songket tu bolehlah pilih antara dua design ni.




Selain dua tu, Fiza pilih tema bunga raya bunga kebangsaan Malaysia yang juga kena mengena dengan raya. Perkataan 'raya' mungkin. Sesuailah kot kan dengan hari raya tu. 


Ehhh...Nanti dulu! Ada lagi ni. Untuk kau orang pencinta kucing, Fiza sediakan corak lukisan kekucing yang comel-comel ni. Kali ni semua design Fiza buat depan belakang. Kalau sebelum ni kebanyakkan corak depan je. Tahun 2018 ni Fiza bagi lebih sikit pada bahagian belakang sampul duit raya. Barulah meriah sikit design tu.


Pada bahagian belakang yang kosong tu bolehlah nak tambah apa apa ayat ataupun nama sendiri. Kalau kau orang jenis suka sampul duit raya custom made hipster dan rare ni bolehlah tempah sekarang. Open order untuk kuantiti yang sikit, minimum 20pcs. 

Size : 6.5inci x 3.4 inci
Black laser printed
Recycle Kraft Paper Paper 120gsm
Glueless
Minimum order : 20pcs

Harga Sampul Duit Raya Hipster
20pcs = RM12
30 pcs = RM18
40 pcs = RM24
50 pcs = RM30
Postage RM8 SM | RM11 SS




Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles