Selain sejukkan badan dengan minum air sejuk, kau orang boleh amalkan makan buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti buah tembikai, Grape fruit, Plum dan sebagainya. Antara spesis buah tembikai yang Fiza suka adalah rock melon atau nama lain dia orang panggil cantaloupe. Buah rock melon ni macam buah tembikai susu @ honey drew. Tapi rasanya dia lain sikitlah.
Kalau buah honey drew tu macam cepat muak sebab rasa creamy susu tu tapi rock melon rasa dia kalau makan banyak pun tak muak. Rasa rangup dan manis yang sangat sedap! Lebih sedap daripada honey dew pada Fiza. Tak tahulah selera kau orang macamana. Tersuka sebab masa balik kampung abah Fiza selalu beli. Sebelum ni tak pernah nak rasa pun. Tapi dah rasa sekali, terus suka dengan buah rock melon ni. Makan satu, nak lagi dan lagi.
Dipanggil dengan nama rock melon mungkin disebabkan oleh kulit dia yang sedikit keras dan corak ala-ala batu agaknya kot? Harga pun boleh tahan mahal juga macam tembikai-tembikai yang lain. Ada juga berbentuk rock melon yang berbentuk lonjong tapi belum pernah nampak lagi. Fiza beli sebiji yang kecil harganya RM12.51. Ada juga yang jual separuh. Kalau kau orang nak cuba rasa, beli je yang separuh tu.
Rock melon salah satu buah yang sangat sesuai untuk kau orang yang sedang amalkan diet sebab mengandungi banyak serat dan air. Boleh dijadikan sebagai snack pagi dan malam macam tu kalau lapar. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat rock melon. Google je dah banyak dapat maklumat tentang buah rock melon ni.