Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

April Not Fool

$
0
0
Zaman sekolah dulu bila tiba 1 April ramailah kawan-kawan plan nak pedajal kawan masing-masing. Salah satunya sangkut beg kat tiang bendera, sorokkan barang kawan-kawan dan macam-macam lagi bentuk gurauan yang boleh mendatangkan marah. Tapi itu dulu lah zaman sekolah yang mana masing-masing belum cukup ilmu agama di dada lagi. Plus, belum cukup matang! Tahu nak seronok kenakan orang je.

Bila dah meningkat usia dan bila dah tahu segala hukum hakam, takde dah kejadian 'bodoh' yang berlaku lagi. Baguslah kalau begitu. Kalau dah tahu yang mana buruk tu tak perlu dah jadi ikutan. Betul tak? Atau masih ada yang tak tahu lagi tentang budaya april fool ni? Sedia maklum kita tahu yang april fool bukan budaya kita dan bukan budaya yang bagus.

April fool adalah budaya dari barat dan islam sangat melarang umatnya melakukan perbuatan mengenakan orang lain dengan sengaja walau dalam bentuk apa sekalipun samada bergurau ataupun sebaliknya. 


Walaupun mangsa yang dikenakan tu tak kisah tapi memang tak patut dibuat. Jadi, sila batalkan niat untuk mengenakan seseorang okay meskipun bukan hari ni. Well, apa yang menarik bulan April ni?

14 April, Sabtu Israk dan Mikraj -Kedah, N. Sembilan & Perlis
15 April, Ahad Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
26 April, Khamis Hari Keputeraan Sultan Terengganu -Terengganu

Selamat bercuti untuk warga negeri yang terlibat dan selamat menunaikan ibadah puasa di dalam bulan Rejab. Puasa jangan lupa ganti ye.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles