안녕annyeong. Psstt..Kau orang ada dengar tak gossip terbaru yang tengah viral melanda facebook dan instagram baru-baru ni tak tentang new babies Althea iaitu ALTHEA BARE ESSENTIALS. Ada dengar tak? Kalau belum dengar atau belum tahu lagi, meh sini pasang telinga Fiza nak membawang kejap dengan kau orang tentang produk skincare Althea Bare Essentials yang di pos nun jauh dari Korea tu.
Acah acah model Althea Bare Essentials |
Sejak mula bergossip di instagram hari tu ramai yang private message tanya,"bagus ke produk Althea Bare Essentials ni?". Okay, meh sini rapat-rapat Fiza cerita satu persatu tentang produk ni. Sedia maklum produk K-Beauty dikatakan antara skincare dan makeup yang menjadi trend terkini yang selalu digossipkan oleh mereka yang sangat mementingkan kecantikan. Produk dari Korea tak syak lagi kebagusannya sebab ramai yang telah mencuba produk dari Korea. Nak murah dan nak yang terbaik, belilah di Althea.
ALTHEA? KENAPA PERLU BELI PRODUK SKINCARE DAN KOSMETIK DI ALTHEA?
Bagi kau orang yang baru mengenali Althea atau baru dengar Althea, Althea adalah website yang menawarkan pelbagai produk skincare dan kosmetik korea yang terkini dan trends dengan harga yang berpatutan dan sama harga dengan harga yang dijual di Korea. Althea telah dilancarkan di Malaysia pada July 2015 dan paling menarik althea menawarkan free shipping. Daebak! 대박!
Set Lengkap Althea Bare Essentials |
Buat pertama kalinya Althea telah melancarkan new babies Althea sendiri iaitu ALTHEA BARE ESSENTIALS dimana ianya merupakan 3 langkah penjagaan wajah lengkap yang ringkas untuk kulit orang asia terutamanya. Jadi, sangat sesuai lah untuk orang Malaysia. Secara jujurnya Fiza sangat teruja nak mencuba Althea Bare Essentials ni dan tak sabar-sabar nak gossip dengan semua orang tentang kehebatan produk ni selepas mencubanya.
BUNGKUSAN BOX ALTHEA KEMAS, CANTIK, SELAMAT DAN TIDAK ROSAK.
Perasaan Fiza sangat sangat Happy bila box ni sampai rumah. Siapa je yang tak happy bila dapat box macam ni. Biasanya dapat parcel dalam Malaysia je. Itupun jarang sekali dapat box lawa-lawa macam ni. Sudahlah bungkusan dia kemas elok je. Tanpa kemek sana sini walaupun diterbangkan jauh dari Korea tu. Barang dalam kotak, of courselah okay je bila box dia tak rosak. Lagipun setiap produk Althea ada safety seal untuk elakkan leaking masa penghantaran. Rujuk beberapa gambar dibawah.
Kotak pink yang comel dambaan setiap wanita |
Kotak tahan lasak dan tak rosak. Kekal cantik luar dan dalam |
3 LANGKAH MUDAH PENJAGAAN KULIT WAJAH DENGAN SET LENGKAP ALTHE BARE ESSENTIALS
Kali ni Fiza dapat Gossip Box Althea yang mengandungi satu set lengkap penjagaan wajah Althea Bare Essentials iaitu Pembersih (The Contour Cleanser), Toner (The Primer Water) dan Pelembap (The Fixer Cream). Selain set lengkap Althea Bare Essentials, dapat juga Hand mirror yang sangat comel, Marble Althea dan juga beberapa sample produk Althea Bare Essentials.
Your Skin Completes Makeup |
kamsahamnida 감사합니다 Althea for free gifts : Hand Mirror, Marble Althea Sign dan some free samples |
LANGKAH 1 (PEMBERSIH) : The Contour Cleanser (150g/5.29 oz -RM23.00)
Membersih muka adalah perkara asas dan perkara pertama yang paling penting dalam penjagaan kulit wajah. Kalau kulit muka dibiarkan kotor tanpa di cuci, mulalah cik jerawat datang tanpa diundang dan macam-macam masalah kulit lagi yang bakal kau orang hadap. Jadi, jangan malas untuk cuci muka.
Apa yang menariknya tentang pembersih muka The Contour Cleanser.
- Ianya mengandungi kapsul mikro halus untuk proses pengelupasan lembut dalam menghapuskan sel kulit mati pada kulit untuk memberikan kesan kulit baru yang lebih halus lembut dan licin.
- Sejenis pembersih yang kaya dengan buih untuk menghilangkan kotoran dengan lebih berkesan dan meningkatkan peredaran darah.
- Paling best the contour cleanser boleh mengecilkan bentuk wajah kepada V-shape. Ini yang buat ramai teruja nak pakai pembersih ni kan?
- The contour cleanser ni mengandungi bahan ice plant yang berfungsi menghidrat dan membantu mengurangkan kemerahan merahan pada kulit. Selain itu, lemon myrtle berfungsi menguatkan kulit kerana mengandungi vitamin c dan antioksidan.
Plastic seal for safety seal from leaking. |
Double protection. Ada Bottle Safety seal juga untuk elakkan tertumpah keluar. |
Pembersih muka warna putih yang berbuih. |
APAKATA FIZA : Pertama kali cuba the contour cleanser memang best sebab Fiza suka bau lemon dan rasa berangin segar selepas cuci muka. Kulit muka terasa lebih licin, halus dan lembut selepas beberapa kali penggunaan. Kulit pun lebih cerah sekata.
LANGKAH 2 (TONER) : The Primer Water (200ml / 6.76fl.oz -RM43)
Untuk dapatkan kulit muka yang lebih bersih, lebih baik sekiranya kau orang menggunakan toner sebagai langkah kedua selepas mencuci muka sebab pembersih muka akan membuka liang-liang pori dan penggunaan toner akan mengecutkan kembali liang-liang pori tersebut. Itu sebabnya penggunaan toner sangat penting.
Apa yang menariknya tentang toner The Primer Water.
- Althea Bare Essentials Primer Water telah di patenkan dengan formulasi “dewdrops” yang berfungsi melembutkan kulit dan dalam masa yang sama mampu menutupi jurang antara liang roma dan kulit.
- Mengandungi snow lotus yang mampu melicinkan dan juga mencerahkan kulit serta sekatakan tona kulit wajah.
Liquid Lutsinar Primer Water memang best pakai. |
Juga disertakan bottle safety seal untuk elakkan liquid tertumpah semasa penghantaran. |
APAKATA FIZA : Untuk penggunaan toner, macam biasalah gunakan kapas dan tuangkan toner. Kemudian sapukan pada wajah secara perlahan-lahan. Selepas penggunaan toner ni terasa kulit muka lebih segar dan lebih bersih. Memang bersih ya amat!
LANGKAH 3 (PELEMBAP) : The Fixer Cream (50g / 1.76 oz -RM50.00)
Langkah terakhir untuk penjagaan wajah harian adalah dengan memakai pelembap. Jangan sesekali abaikan pelembap ni okay kerana selepas cuci muka dan pakai toner, of courselah kulit muka akan jadi kering. Tanpa pelembap, kulit muka akan rosak.
Apa yang menariknya tentang pelembap The Fixer Cream.
- The Fixer Cream memberikan kelembapan kulit jauh ke dalam lapisan kulit sehingga 24 jam untuk kulit yang lebih lembap dan segar kerana mengandungi trehalose (humectant yang mengekalkan kelembapan pada kulit).
- Satu-satunya krim pelembap yang tidak melekit, tidak berminyak dan mudah diserap ke dalam kulit. Mengandungi Teh Hijau Liar menghidrat serta menenangkan kulit dengan antioksidan dan Baobab Tree Extract sebagai Ejen pelembap yang membantu mempromosikan pengeluaran kolagen serta tidak berminyak.
Jar Safety Seal juga ada untuk elakkan cream tertkeluar dari bekas. |
Cream pelembap yang bertekstur halus dan wangi |
APAKATA FIZA : Bila kulit dah dibersihkan dengan toner, pakai pula pelembap ni memang buat kulit rasa lebih lembut. Krim pelembap Fixer Cream dahlah wangi, memang best sapu kat kulit muka dan memberikan kesan lembap tu lebih lama. Memang tak dapatlah kulit nak jadi kering. Walaupun kulit Fiza jenis berminyak tapi pakai fixer cream ni tak buatkan kulit lebih berminyak sebab sesuai untuk semua jenis kulit.
PACKAGING YANG SIMPLE BUAT RAMAI ORANG JATUH CINTA.
Ya, tak dinafikan. Pertama kali tengok packaging dan design packaging Bare Essentials ni terus jatuh cinta dengan produk ni. Design yang simple dan sangat minimal tapi memberikan kesan yang terbaik pada kulit. Apa pendapat kau orang tentang packaging produk ni? Tentu kau orang akan jatuh cinta juga kan?Althea 사랑해 |
Dengan hanya RM116 dan free shipping, kau orang boleh dapat satu set lengkap Althea Bare Essentials yang mengandungi bahan-bahan terbaik untuk kulit yang glowing, flawless dan seperti crystal clear skin. Bila kulit dan cantik, tak perlulah nak bermakeup tebal seinci lagi. Orang kata biar elokkan kulit daripada berhabisan untuk makeup yang cantik hanya seketika. Betul tak? Oh ya, Althea juga berikan diskaun 10% dan kau orang akan dapat free special edition mirror Althea kalau kau orang beli sekarang di www.althea.kr hari ini!
Untuk maklumat terkini dari Althea Korea, boleh follow media sosial Althea dibawah
#AltheaKorea #AltheaBE #AltheaBareEssentials #BareEssentials