Haa. sekarang tengah trending Drama Mr. Grey ni. Bila dah trending, mulalah Fiza terjebak sama. Baru je nak terjebak lepas tengok episod pertama tu "Eh, macam best je cerita ni!" Terus marathon tengok sampai Episod 8. Tak sabar nak tunggu Drama Mr.Grey episod 9 malam ni! Macam menjadi lakonan Fendy Bakry dan Eyra Hazali ni.
Ye lah kan, biasanya kalau pelakon yang macam biasa-biasa tu jarang dapat trending drama yang dia orang lakonan tu. Macam drama sendu. Tapi Mr. Grey ni boleh dikatakan Drama yang tak boring walaupun klise tu tetap ada, contohnya macam kena paksa kahwin, tak suka tapi lama-lama suka. So far drama Mr. grey ni boleh layan lagi sebab watak Nisa tu kelakar.
Dulu Eyra Hazali ni watak dia untuk budak-budak je. Sekarang dah boleh pegang watak utama dan watak heroin dah. Pelakon yang tengah hangat bercinta dengan Keeper 3 JDT tu kan. Ehem, nak juga membawang kat sini. Selain mereka, pelakon lain yang terlibat sama dalam menjayakan Drama Mr.Grey ni adalah Shah Iskandar, Lisdawati, Gambit Saifullah, Scha Elinnea, Kayda, Nabil Aqil, Mardiana Alwi, Fauziah Ahmad Daud dan Farah Nabilah.
Sinopsis Mr. GreyMengisahkan Mr. Grey dan Nisa Ardina yang mengambil keputusan bernikah, tetapi melukakan hati dua insan, iaitu Datin Musalma dan Ilham Arsyad yang sudah sekian lama menyayangi Nisa. Ketika Nisa mengecapi kebahagiaan, Grey meninggalkan isterinya untuk kembali kepada ibunya yang sedari awal tidak sukakan Nisa. Mungkinkah perpisahan ini membawa Ilham kembali kepada Nisa atau mungkin Grey menyedari kesilapannya dan kembali menuntut tempatnya dalam hati Nisa? Jangan lupa saksikan drama Mr. Grey ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan HD 123.
Pada yang takde astro tu, boleh tengok online je melalui kbergetar04.blogspot.my atau www.layanon9.pro. Siapa orang utagha mesti suka tengok citer ni. Gerenti!