Tahun ni ada pertambahan photobooth pula. Haruslah ambil gambar kat photobooth ni untuk kenangan. Acah-acah bersanding atas pelamin gitu. Dah ambil gambar baru perasan outfit kami orang setema dengan backdrop dan karpet photobooth tu. Sedondon lah nampaknya!
Sampai awal dapat menjamu selera dengan menu sarapan yang disediakan. Sambil² makan sembang dengan pakcik² sedara yang jarang berjumpa. Walaupun duduk dalam daerah yang sama tapi jarang berjumpa. Masa hari keluarga ni lah baru berjumpa dan bersembang.
Selain acara bacaan Al-Quran, doa dan pembentangan minit mesyuarat, ada acara sukaneka untuk kanak² dan dewasa. Anak² buah seronoklah bersukan dan menang dapat hadiah. Acara dewasa Fiza tak dapat lah nak turut serta sebab tak pandai nak anyam ketupat.
Hari keluarga sebelah mak juga tak ramai yang hadir. Fiza juga yang setia setiap tahun wajib datang. Ye lah, kalau bukan kita sendiri yang datang siapa lagi yang nak meriahkan majlis keluarga kita. Betul tak? Tapi kalau ada urusan lain yang lebih penting, its okay lah. Tahun depan berjumpa lagi.