Sambal tempe ikan bilis goreng ni sejenis lauk yang tahan lama dan disukai ramai. Kalau masak kering lagi boleh tahan lama. Boleh dimakan dengan nasi ataupun dengan roti. Sambal tempe ikan bilis antara menu yang mudah dan boleh disimpan lama masa bulan puasa. Kalau kau orang sejenis sibuk dan tak sempat masak, memang elok masak sambal tempe ikan bilis goreng ni banyak-banyak buat stok sebulan pun boleh.
Walaupun menu sambal tempe ikan bilis goreng ni simple je tapi mampu buat orang kecur air liur dan berselera makan. Harga sambal tempe ikan bilis goreng ni kalau kat kedai macam mahal juga sebab harga ikan bilis mentah pun dah mahal sekarang. Jadi, kalau buat sendiri lebih berbaloi rasanya berbanding beli di kedai. Nak masak pun tak susah. Ada ikan bilis goreng, tempe dan kacang tanah gaul dengan sambal. Dah siap! Resepi penuh rujuk kat bawah ye.

Bahan-Bahan Sambal Tempe Ikan Bilis Goreng
1 Biji Bawang Besar
2 Ulas Bawang Putih
2 Genggam Ikan bilis
2 Genggam Kacang Tanah
2 Paket Tempe
3 Sudu Besar Cili kisar
Minyak Masak Untuk menggoreng dan menumis
Garam secukup rasa
1 Sudu Besar Gula
5 sudu air asam jawa atau boleh gunakan 3 keping asam keping
Cara Masak
1. Panaskan minyak untuk menggoreng.
2. Goreng kacang tanah sampai garing, kemudian angkat dan ketepikan. *pastikan tak hangus ye.
3. Gunakan minyak yang sama untuk menggoreng tempe yang telah dipotong sampai garing atau separuh masak yang tak suka garing. Kemudian angkat dan ketepikan.
4. Gunakan minyak yang sama juga untuk menggoreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
5. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dipotong halus.
6. Setelah naik bau, masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga garing
7. Masukkan air asam jawa @asam keping, gula dan garam secukup rasa
8. Setelah hampir kering, akhir sekali barulah masukkan ikan bilis goreng, tempe goreng dan kacang tanah goreng.
9. kacau rata dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
Mudah bukan? untuk menggoreng tu guna minyak banyak sikit pun takpe sebab lagi cepat garing. Kemudian masa menumis tu nanti boleh kurangkan minyak. Ini masak cara Fiza, mungkin orang lain berbeza dan ada cara lain. Ada yang request resepi sambal tempe ikan bilis goreng, so siap dah tunaikan. Selamat mencuba ye.