Okay kita cerita pasal makanan lagi. Aci tak? Aci tak aci nak cerita juga sebab benda ramai yang buat maggi pedas giler challenge. Fiza pun turut terjebak walaupun macam ketinggalan nak mencuba. Bukan apa, bila tengah viral memang sentiasa habislah maggi pedas giler ni. First time nak cuba beli di 7 Eleven dengan harga RM4.++.Bila dah jumpa memang terus beli lah. Stok pula tu tinggal satu je. Memang rezeki Fiza lah masa tu.
Apa perasan anda setelah mencuba Maggi Pedas Giler?
Pertama sekali memang excited nak mencuba. Rasa pedas tu dah terbayang macam pedas samyang korea tu. Tapi selepas rasa sesudu, rasa dia rasa pedas yang sedap berbanding samyang. Samyang tu pedas semata-mata tapi maggi pedas giler ni maggi yang pedas dan sedap dengan perisa ayam bakar ni. Terasalah rasa ayam tu. Kalau samyang pedas je lebih,r asa agak kelaut sikit. Kalau makan samyang tu Fiza campur dengan perendah mee sedap baru lah rasa.
Okay, berbalik kepada maggi pedas giler ayam bakar ni. Pertama kali mesti kau orang nak rasa lagi sebab sedap. Selepas beberapa sudu, terasa mulut ni terbakar dek kepedasan tu. Belum sampai setengah rasa nak surrender. Ambil masa juga Fiza nak habiskan satu mangkuk maggi pedas giler ni. Rasanya kalau makan jangan berhenti, terus makan sampai habis. Kalau berhenti memang terasa pedasnya tu sampai tak sanggup nak teruskan.
Walaupun sejenis yang suka pedas, tapi jujur memang tak tahan dengan maggi pedas giler ni. Berair air mata menahan pedasnya. Salute lah pada kau orang yang boleh tahan makan maggi pedas ni tanpa minum air. Kalau sahut cabaran, separuh je mampu. Selain rasa pedas dan sedap tu, penyediaan mee goreng pedas giler ni sangat mudah. Ikut je arahan pada penutup bungkus maggi tu.
Tak serik makan pedas tu Fiza beli lagi sebab sedap. Kebetulan masa husband shopping barang dapur di Family Store nampak harga RM2.++ lebih murah daripada yang beli sebelum ni, husband terus beli sampai dua bungkus. Dah murah kan? Haruslah beli lebih. Kau orang dah cuba belum?