Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Workspace Sihatimerahjambu Bertukar Tema Putih

$
0
0
Dari dulu mengidam nak dekorasi rumah bertemakan scandinavian tapi tak kesampaian. Tak boleh nak buat scandinavian sebab kekurangkan cahaya masuk dalam rumah sebab beberapa ruang dah ditutup jadi menggelapkan ruang dalam rumah. Bila cahaya kurang, maka tak dapatlah nak memenuhi konsep scandinavian tu. Kena tunggu ada rumah yang banyak cahaya masuk dan cat rumah warna putih dan terang memang boleh masuk dengan tema scandinavian tu.

Lupakan tentang scandi tu, Fiza nak cerita pasal workspace baru Fiza. Workspace yang sebelum ni lebar dan luas Fiza downgrade space jadi kecil sebab sebelum ni share meja dengan husband dan workspace kat luar bilik. Memandangkan space dalam bilik kecil, jadi kena gunakan meja dan ruang workspace lebih kecil. Kira downgrade lah tu kan. 


Yang masih maintain adalah kerusi. Meja dan wall shelf tu tukar baru pilih tema putih sebab warna dinding bilik tidur warna gelap ( Navy Blue). Selepas ukur ruang dalam bilik, Fiza pilih  VITTSJÖ Laptop table yang sesuai dengan ruang dalam bilik dan wall shelf tu Fiza guna 2 unit MOSSLANDA Picture ledge yang disambungkan memanjang.

Kalau meja dan wall shelf hitam memang tenggelam terus lah workspace Fiza walaupun perabot dalam bilik semua hitam. Ikutkan memang nak ikut tema perabot bilik tidur warna hitam tapi tukarlah warna putih supaya lebih menonjol kot. Lepas dah setup workspace Fiza, rasa macam kosong bahagian tengah tu. Dapat idea nak tambah cermin, macam berkenan nak letak HÖNEFOSS Mirror yang boleh susun atur ikut kesesuaian dan ruang.


Nampak lebih better selepas adanya cermin tu. Tapi itulah, disebabkan suasana dalam bilik gelap. Dah pasang lampu pun masih gelap kalau ambil gambar. Memang kusam lah gambar workspace Fiza ni ha. Tapi kalau ambil gambar produk bawah lampu workspace tu memang awesome. Terang teruk! Bila tambah cermin tu bagus juga boleh pantulkan cahaya lampu tu nampak lebih terang lagi. Moga lebih mudah idea nak terjana lepas move on SOHO masuk bilik. Good bye workspace lama. Workspace untuk husband alone. Boleh conquer meja besar tu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles