23 August 2018, Genap 5 tahun usia perkahwinan. Alhamdulillah...syukur! Kata orang fasa pertama 5 tahun sudah berlalu. Memang sangat mencabar! Lagi-lagi awal-awal kahwin memang banyak dugaannya. Selepas beberapa tahun berkahwin dan masih tak punyai anak, lagilah mencabar dugaannya. Hanya yang pernah mengalaminya saja faham. Well, perkara tu kalau difikirkan memang boleh buat para isteri stress dan susah nak teruskan hidup hari hari kalau terus fikir.
Just chill, sebab rezeki anak ni Allah akan bagi pada yang tepat. Percaya saja pada perancangan Allah untuk kita. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Dulu memang asyik dok fikir, husband lah orang yang sentiasa bagi kata-kata positif. Kalau takde husband memang koyak mental ni dibuatnya. Lantaklah dengan apa persepsi orang lain. Kita fikir hal kita je sudahlah. Kadang rimas dengan soalan cepuemas cepuperak cepugangsa semua.
Sempena ulangtahun perkahwinan ke 5 tahun ni sambut simple je. Mulanya nak celebrate di Secret Recipe tapi masa tu hari kedua raya Haji. Confirmlah macam ramai. Tapi dalam masa yang sama kena cut off bajet yang biar lebih berbaloi makan dengan harganya. Faham-faham je lah restaurant mahal camne kan. Tak puas makan! Pulak tu tengah lapar teruk. Fikir punya fikir, terus plan cuma beli kek di Secret Recipe dan makan di mana-mana Cafe Hispter sebab terasa nak makan makanan Western. Beli kek pun beli kek yang ada je, memanjang kek habis bila musim perayaan.
Pusing punya pusing area berdekatan Secret Recipe Segamat, jumpalah Cafe Hipster Zara Sofea. Tengok suasana kedai dan menu depan kedai tu macam menepati citarasa je. Then try search kat instagram takde pulak cuma ada hashtag je lah. Tengok menu macam okay, so on je masuk Zara Sofea Cafe.
First Impression of Zara Sofea Cafe
Pertama kali masuk Zara Sofea Cafe ni dah terkagum dengan contengan pada dinding hitam ala-ala papan hitam. Fiza ni pantang tengok benda berseni ni. Senang betul nak jatuh cinta. Memang suka tengok contengan doodle yang comel comel ni. Decoration Cafe pula macam scandi industrial style. Lagilah Fiza suka sebab tu memang suka dengan cafe hispter ni. Unik dan sangat menarik.
Cafe yang sangat selesa walaupun pilih duduk luar. Duduk dalam lagi selesa rasanya kot. Masa tu kat dalam macam penuh. So terpaksa duduk luar. Service yang sangat bagus dan order pun cepat sampai. Fiza pesan air asam kedondong dan husband teh ais lemon. Setiap satu minuman ni beharga lebih kurang RM3.++. Sistem order hanya perlu tick pada kertas menu order yang diberikan. Ala-ala makan dekat Old Town White Coffee. Disertakan sekali harga. Lebih mudah kau orang nak kira-kira bajet makan.
Cafe yang sangat selesa walaupun pilih duduk luar. Duduk dalam lagi selesa rasanya kot. Masa tu kat dalam macam penuh. So terpaksa duduk luar. Service yang sangat bagus dan order pun cepat sampai. Fiza pesan air asam kedondong dan husband teh ais lemon. Setiap satu minuman ni beharga lebih kurang RM3.++. Sistem order hanya perlu tick pada kertas menu order yang diberikan. Ala-ala makan dekat Old Town White Coffee. Disertakan sekali harga. Lebih mudah kau orang nak kira-kira bajet makan.
Untuk makanan, Fiza order chicken Chop Combo. Hidangan Chicken Chop dengan meatball dan sosej. Harga lebih kurang dalam RM15 or RM18 macam tu. Lupa dah Fiza sebab ceritanya bulan lepas kan. So far sangat suka dengan hidangan ni. Sosej tu mungkin direbus dan kemudian di grill. Sedap sebab tak berminyak.
Tapi tang meatball kurang suka sebab Fiza bukan pemakan daging lembu. Pada Fiza kurang senang dengan bau dan rasanya. Sorry meatball, bukan salah you I tak suka you. Tapi walaupun tak suka berjaya habiskan makan dengan cara makan sekali dengan kentang goreng tu.
Husband pula order Dulang Western. Fiza yang suggest husband order ni sebab ada macam-macam dalam sedulang ni. Chicken Chop, Spaghetti, Meatballs, Nuggets, Sosej, Kentang goreng dan lain-lain seperti dalam gambar. Sangat puas hati makan semua ni dengan harga RM25 rasanya kalau tak silap. Husband juga sejenis bukan pemakan daging lembu. Jadi, meatballs tu kurang bagi kamiorang. Sorry again meatballs.
Alhamdulillah licin semuanya. Cuma tinggal seketul meatball dah tak sanggup nak makan dah. Sedap hidangan di Zara Sofea Cafe dan harga pun berpatutan sekali pakej berbaloi. Tak rugi lah kamiorang datang celebrat anniversary kat sini. Walaupun sekadar datang makan dan takde decoration ke apa. Sangat enjoy dapat dinner berdua sempena anniversary. Table for two lah katakan even no candle light dinner bagai.
Zara Sofea Cafe : Jln Utama 3/1, Taman Utama, 85000 Segamat, Johor
Happy Anniversary Love,
Enjoy our bumpy rides journey. Terima kasih husband untuk segalanya. Stay positive! Positive mind, positive vibes, positive life in our life forever and ever. Moga yang baik di pengakhirannya. May Allah bless and grant our dua. Love till Jannah. Aameen...