Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Unboxing Althea Beauty Haul

$
0
0
안녕(annyeong)! Asal nak update entry Althea je haruslah ada 안녕(annyeong). Orang kata ambil feel Korea gitu. Macam biasalah bila parcel Althea sampai memang excited terlebih nak kongsikan dengan kau orang semua. Kali ni Althea Beauty Haul Fiza guna Althea Angels rewards points dan Fiza topup sikit sebab nak beli apa yang Fiza nak. Alang-alang dah satu parcel tu, order lah melebihi rewards points sikit. 감사합니다 Althea Korea.

Dengan berbekalkan USD40 bersamaan MYR120 dan topup MYR2+ Fiza berjaya shopping kesemua barang yang ada dalam kotak pink Athea. Kalau kau orang pertama kali nak shopping di Althea mesti akan rambang mata nak pilih mana satu sebab semuanya sangat best. Tips shopping di Althea, kau orang kena rajin lah baca review setiap produk tu. Tapi kalau kau orang memang nak beli yang memang kau orang dah aim, terus beli je sebab kalau best seller produk memang cepat sold out.

Ada cerita di sebalik order Fiza kali ni, Fiza submit order pada 30 July, tapi selepas 15 hari yang sepatutnya parcel dah sampai Malaysia masih belum update apa-apa status. Setelah Fiza hubungi Althea team melalui email, katanya ada items yang out of stock. So kena tunggu item ada stock dan kalau lama sangat dia orang akan pos juga tanpa produk yang out of stock tu. Kebetulan agaknya item tu ada, so Althea pos parcel Fiza pada 27 August dan sampai Malaysia pada 2 September 2018. Agak cepat juga penghantaran kali ni. Salute lah Althea dan team courier.


Althea Beauty Haul Items
  • Oatmeal Therapy Cleansing Tissue (20pcs) = MYR 5/each
  • Skin Liar Primer (30ml) = MYR23.00
  • Carbonated Scoria Bubble Mask Pack (100ml) = MYR 30.00
  • Hello Aloe Vera Soothing Gel (300ml) = MYR 11.00
  • Drawing Eye Brow New (0.25g) Color Dark Gray E = MYR 15.00
  • Black & Black Pore Cleansing Set = MYR 36.00
  • Petal Velvet Powder #Pink Lavender (3g) = MYR 17.00

Total = MYR 142 dan FREE POSTAGE penghantaran ke Malaysia. Kebanyakkanya Fiza shopping produk skincare melebihi produk makeup sebab Fiza jarang makeup. Lebih baik cantikkan kulit dulu dari cantikkan kulit dengan makeup yang sementara tu kan. Paling special kali ni Fiza dapat sekali Free samples Innisfree Jeju Sparkling Mineral Special Kit to random lucky customers dan Fiza adalah salah seorang yang bertuah tu. Yeay! 감사합니다



Mulanya Fiza ingatkan salah item yang Fiza dapat tapi selepas email Althea Customer Care, katanya free sample. If so, okaylah kan. Anyway, kalau ada problem terus je contact Althea Customer Care. Service dia orang memang tip top. Tapi kena sabar lah sikit tunggu reply dalam masa 24 jam waktu bekerja. Okay, semua ni Fiza akan review satu persatu. Fiza dah cuba beberapa item dah, sumpah best!


Saranghaeyo ALTHEA KOREA!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles