Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

LED Ring Light Dengan Handphone Holder Dan Cermin

$
0
0
LED ring light macam satu benda penting yang wajib ada untuk seorang blogger lagi-lagi seorang beauty blogger untuk review beauty products. LED ring light memang popular digunakan oleh makeup artist untuk buat tutorial live makeup dan sebagainya. Kebiasaanya ring light ni kita nampak di studio kedai gambar je. Tapi sekarang dah banyak jual portable ring light untuk tujuan photography.

Agak lama sebenarnya dah simpan hajat nak beli ring light ni untuk ambil gambar sendiri secara potrait. Sangat suka dengan pantulan ring dalam mata hitam tu kalau ambil gambar potrait macam dalam studio rasanya. Boleh juga dijadikan lighting tambahan kalau nak ambil gambar untuk product review.

Survey punya survey LED Ring Light di Malaysia, rata-rata jual jenis tripod yang macam dalam studio. Bersaiz besar dan sesuai untuk studio. Kalau ada jenis mini, mini sangat dan saiz sederhana macam yang Fiza nak mostly RM2++ ke atas. Tengok harga macam over budget, so Fiza hentikan pencarian sehinggalah Fiza tiba-tiba rasa nak google. Akhirnya Fiza jumpa LED Ring Light paling murah di Shopee.



Bukan setakat murah dengan harga tapi siap sekali dengan handphone holder dan juga mirror. Hey, mana nak cari harga semurah itu di Malaysia. Memang takde lah! Kalau ada jenis yang Fiza nak harga dalam RM210 macam tu sekali dengan handphone holder sahaja. Cermin non hado! Tapi mungkinlah yang itu jenis yang berkualiti sebab tu harga mahal ataupun penjual ambil harga murah dari Oversea dan jual mahal di Malaysia. Itu standard lah kan.

Sebenarnya ring light juga ada banyak jenis. Fiza jenis malas nak fikir bab brand kali ni. Cuma fikir under budget dan kalau baca review okay, memang Fiza proceed beli. Setelah buat perbandingan jenama, harga, kualiti, review dan akhirnya Fiza terbekenan dengan ZOMEI Camera Photo Studio Phone Video 128 LED Ring Light Beautify Lamp.

KELEBIHAN ZOMEI Camera Photo Studio Phone Video 128 LED Ring Light Beautify Lamp

HARGA MURAH

Harga asal RM123 dan harga promosi sekarang RM98, postage RM5. Tapi Fiza guna voucher code RM7 sebab first time beli guna apps dan kemudian tolak voucher code free shipping juga. Jadi, total Fiza kena bayar cuma RM91. Sangat berbaloi bukan? Do your math ^__^

2 WARNA RING LIGHT DAN ADJUSTABLE LIGHT

Eh, bukan 1 tapi dua jenis warna ring light tu iaitu putih dan kuning. Tapi tak boleh guna warna kedua-dua ni dalam satu masa yang sama. Kena gunakan salah satu lah. Dan lighting tu kau orang boleh adjust tahap keterangan lighting tu. Kalau pada highest level terang tu memang terang sangat. Puas hati dengan lighting le

Ring Light Warna Putih

Ring Light Warna Kuning

PERCUMA DUAL MIRROR

Dalam satu harga, kau orang boleh dapat mirror sekali secara percuma dan disertakan sekali dengan adapter untuk pemasangan pada pole. Jadi, tempat phone holder tu boleh digantikan dengan mirror kalau kau orang nak gunakan cermin untuk makeup. Sesuai sangat sebab lighting dah cukup superb! Lagi satu mirror tu dual ye. Satu pandangan cermin biasa, satu lagi pandangan cermin zoom out entah berapa besar pun tak pasti. Terkejut tengok muka besar sangat kat cermin tu. haha!

Dual Mirror : Boleh guna depan belakang

Contoh pemasangan cermin pada pole ring light.
    

MUDAH DIGUNAKAN

Ya, nak pasang dan gunakan ring light ni sangat mudah. Hanya menggunakan satu wayar cable usb je dengan menggunakan 3 kaedah samada USB disambungkan pada  pada charger handphone, komputer/laptop ataupun cable adapter yang sesuai. Janji ada power supply!


FLEXIBLE

LED ring light ni sangat flexible. Boleh adjust ke depan ke belakang, ke kiri dan ke kanan. Bukan tegak macam orang berkawad je tau. Adjust pole je untuk adjust position. Base bulat bawah tu berat untuk mengurangkan risiko kebarangkalian jatuh. No worries.

PAKEJ LENGKAP!

Dalam satu harga murah tu kau orang boleh dapat macam-macam dalam satu pakej.
1 Ring Light
1 Pole 
1 Base 
1 Mirror 
1  Phone Clamp 
1 Ball Head 
1  Mirror Base 
1  USB Cable 
1 User Manual(English/German/Japanese/Chinese) 

Kalau kau orang tercari-cari ring light murah dan ada pakej lengkap macam ni, kau orang boleh dapatkan di ZOMEI Camera Photo Studio Phone Video 128 LED Ring Light Beautify Lamp shopee. Iklan tidak berbayar ni tau tapi saja nak kongsi dengan kau orang barang baik ni. Tapi kalau nak survey lagi pun boleh. Fiza dah give up dah, rasa ini lah dah cukup murah.

KEBURUKAN

Macam biasalah kalau shopping di Shopee yang barangan dari Oversea tu memang murah tapi satu penyeksaan nak menunggu barang sampai tu. Bertabah je lah menunggu. Nak sangat harga murah, terpaksa lah menunggu. Fiza order 20 September dan barang sampai 29 September. Seminggu lebih juga lah menunggu. Tapi takpelah, murah punya pasal. Lagipun tak urgent nak guna. Kira berbaloi lah tu menunggu. Alhamdulillah, barang pun semua dalam keadaan baik. Cermin pun tak pecah dan barang pun tak rosak.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles