Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Super Stay Matte Ink Un-Nudes Maybelline NY Sumpah Matte Teruk

$
0
0
Perempuan memang pantang nampak lipstick shades warna yang dia suka. Lagi-lagi nude shades yang memang ramai perempuan suka termasuk lah Fiza. Baru-baru ni jenama kosmetik Maybelline baru keluarkan Nude Shades Line untuk Super Stay Matte Ink Liquid Lipstick yang buatkan Fiza teringin nak mencuba. Alah, gara-gara tergoda dengan iklan televisyen lah tu kan? Baik mengaku!

Iya, iya sebab tengok iklan terus nak beli satu. Susahnya alahai menjadi manusia yang mudah terpengaruh dengan benda cantik-cantik ni. Sejak dua menjak terjebak dengan beauty blogger haruslah ada beauty haul sikit. Nak dijadikan cerita masa Watsons ada buat sale Fiza sempat lah beli sebatang Super Stay Matte Ink Maybelline. Beli satu sebab nak cuba okay atau tak. Kalau okay then baru lah tambah satu dua lagi bergantung pada bajet.


Kalau sejenis yang suka dengan nude shades ni memang agak rambang mata nak memilih. Itu nak, ini nak memang payah lah. Nasib juga lah nak cuba satu dulu. Kalau bajet banyak mahu beli Fiza beli semua shades yang ada. Fiza beli masa promosi RM27.++ dan normal price kalau tak silap dalam RM3+.++.


SUPER STAY MATTE INK-CODE 65 SEDUCTRESS

Fiza pilih code 65-Seductress yang lebih kurang macam warna dusty pink atau pink belacan. Fiza memang suka warna pink yang tak menonjol sangat ni. Kira sedap mata memandang dan sesuai lah kot dengan kulit muka sendiri.


Fiza is so PINK! Iyalah, pakai tudung pink, contact lense pink dan lipstick pun juga. Ikut tema blog lah katakan! Bila dah pakai Super Stay Matte Ink Maybelline Code 65 Seductress memang nampak macam dusty pink yang Fiza katakan tadi. Kadang tu nampak macam soft pink pun iya.


 UNIQUE ARROW APPLICATOR

Kalau jenis liquid lipstick haruslah ada applicator untuk blend lipstick pada bibir. Super Stay Matte Ink Maybelline didatangkan dengan unique arrow applicator bagi memudahkan sapuan lipstick pada bibir dengan lebih tepat lagi mengikut bentuk bibir. So far takde masalah dengan applicator jenis macam ni sebab dah biasa pakai liquid lipstick.


SUMPAH MATTE TERUK!

Dalam banyak-banyak lipstick jenis matte, ini lah satu-satunya lipstick paling matte pernah Fiza pakai. Sumpah matte teruk! Kalau cuci dengan liquid pencuci muka pun gosok-gosok susah nak hilang. Kena gunakan tisu dengan makeup remover ataupun tisu basah gosok-gosok pada bibir sampai hilang. Barulah betul-betul bersih hilang pada bibir. Memang try hard betul nak hilangkan kesan lipstick ni.


TAHAN LAMA SEHINGGA 16 JAM

So now, dah faham lah kan kenapa dinamakan SuperStay tu sebab jenis susah nak tanggal dan boleh kekal tahan lama sehingga 16 jam pada bibir. Kalau lepas makan atau minum tu tak perlu nak touch up lebih-lebih lah sebab liquid matte yang kalis air tu akan stay pada bibir. Jimat tak perlu touch up banyak kali dah.

 
Well, for sure Fiza akan tambah lagi koleksi Super Stay Matte Ink Maybelline NY. Nak pilih warna apa ye?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles