Dua tiga hari ni sangat kecoh di media sosial tentang Neelofa bercuti dan menginap di The Muraka Maldives. Katanya Neelofa merupakan orang ketiga di dunia yang menginap di The Muraka Conrad Maldives Rangali Resort, Vila mewah dengan harga penginapan RM200, 000 semalam. Wow! Bukan calang-calang orang mampu nak menginap di sini dan bukan calang-calang tempat ni. Harga selari dengan kemewahan yang dipamerkan.
Sejak Neelofa expose tentang The Muraka ni, baru lah tahu tentang kewujudan Vila mewah dan unik macam ni. Kalau tak expose memang tak tahu lah tentang The Muraka ni walaupun kalau tahu pun kewujudan tempat ni, peluang untuk stay di sini memang jauh tersasar lah agaknya. Tak semua orang boleh let go harga sebegitu dengan satu malam sahaja melainkan kau orang golongan bangsawan dan jutawan. Tepuk poket tanya bajet masing-masing lah ye.
Sempat jugalah Fiza layan InstaStory Neelofa hari tu dan memang terpersona lah dengan kemewahan The Muraka Vila dua tingkat tu. Kalau live ada kat sana lagilah sejuta kali terpersona kot. Kalau boleh memang nak rakam 24 jam masa stay kat situ. Pertama sekali paling terpegun dengan reka bentuk moden Vila tu.
Kau orang boleh menikmati permandangan keindahan laut di tingkat atas dan permandangan dasar laut di tingkat bawah terutamanya bila dapat bilik tidur di bawah laut tu tidur bersama ikan-ikan. Kalau Fiza tak tidur malam sebab asyik tengok ikan-ikan je. Rasa macam banyak pula mata-mata memerhati. Macamana tu? Segan lah kita awak, lagi-lagi bilik air tu ha.
Well, kalau kau orang nak tahu, Vila The Muraka ni merupakan penginapan pertama di dunia yang menawarkan pemandangan dasar latu di dalam ruang bilik tidur, restaurant dan beberapa ruang lagi kalau tak silap Fiza masa view InstaStory Neelofar haritu. Memang cantik dan awesome sangat lah The Muraka ni.
Rezeki Neelofar lah dan adik dia lah dapat menginap di sini. Pada Fiza, sehari pun dah cukup lah dapat merasai pengalaman di The Muraka ni. Mampu tengok pun dapat menikmatinya juga kan. Layan lah video ni, boleh dapat feel sikit. Termimpi bercuti di The Muraka Conrad Maldives Rangali Resort pun satu kenikmatan juga.
Rezeki Neelofar lah dan adik dia lah dapat menginap di sini. Pada Fiza, sehari pun dah cukup lah dapat merasai pengalaman di The Muraka ni. Mampu tengok pun dapat menikmatinya juga kan. Layan lah video ni, boleh dapat feel sikit. Termimpi bercuti di The Muraka Conrad Maldives Rangali Resort pun satu kenikmatan juga.