Taknak lah pergi mandi laut, nanti kulit gelap! Haa..itu je lah alasan Fiza kalau ada yang ajak ke pantai mandi laut. Memang taklah Fiza berendam berjam-jam lamanya dalam laut tu. Kalau pergi pun lepak tepi pantai yang ada kawasan redup. Memang tak sanggup nak hadap kepanasan udara dan cahaya tepi pantai tu sebab kalau ke pantai sekejap pun dah boleh buat muka gelap.
Kadang tu nak keluar rumah waktu cuaca panas pun boleh jadi satu kemalasan nak keluar rumah. Hey, macam puteri lilin sangat kan! Haruslah jaga kulit sebab nak gelap sekelip mata je. Nak memutihkan kulit punya lah payah. Untuk mengelakkan kulit muka sunburn teruk, pakai siap-siap Petal Velvet Sunaway (PV Sunaway) ni sebelum keluar rumah menghadap sinaran UV yang jahat tu.
Untuk pengetahuan kau orang, Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++ adalah produk exclusive terbaru dari Althea selepas Real Fresh Skin Detoxer 2 in 1 (Green tea & Rose) yang Fiza pernah review sebelum ni. Kiranya Petal Velvet Sunaway adalah new baby Althea yang ke empat dikeluarkan. Congrats Althea.
PETAL VELVET SUNAWAY SPF50+ PA ++++
Petal Velvet Sunaway adalah sejenis produk pelindung matahari (sunscreen) yang bertekstur ringan untuk melindungi kulit daripada sinaran UV dengan kemasan seperti kelopak bunga. Sebab itulah ianya dinamakan Petal Velvet Sunaway.
SPF 50+ bermakna PV Sunaway dapat melindungi kulit kita dalam tempoh masa yang panjang lebih kurang 8jam. Jadi sangat sesuailah penggunaan sunscreen ni untuk sepanjang hari. PA ++++ pula bercirikan 96% penghalang UVA.
SPF50+ PA++++
SPF (Skin Protection Factor) fungsinya untuk melindungi kulit daripada sinaran UVB. Manakala PA merupakan ukuran tahap kemampuan perlindungan kulit daripada sinar UVA.
UVB: sinaran matahari yang menembusi lapisan kulit epidermis (Lapisan kulit pertama)
UVA : sinaran matahari yang meresap terus ke dalam lapisan kulit dermis ( lapisan kedua kulit)
SPF 50+ bermakna PV Sunaway dapat melindungi kulit kita dalam tempoh masa yang panjang lebih kurang 8jam. Jadi sangat sesuailah penggunaan sunscreen ni untuk sepanjang hari. PA ++++ pula bercirikan 96% penghalang UVA.
Macam tahu-tahu aje lah Althea ni kan bagi Fiza sunscreen yang memang sangat-sangat Fiza perlukan dan masih takde dalam beauty box Fiza. Almaklumlah kalau dah kerja kat rumah je memang nak menghadap matahari tu kurang dan memang tak suka nak keluar kalau cuaca tengah panas. Nak bercuti tepi pantai lagi tak! So hati berbunga-bunga sangat terima PV Sunaway yang super cute dengan warna pastel pink. Warna pastel pink ni mudah sangat buat orang jatuh hati.
TRAVEL SIZE BOTTLE
PV Sunaway Suncreen ni didatangkan dalam saiz yang comel tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil (55ml). Boleh dikatakan ianya travel size bottle. Kalau stand by siap-siap dalam bag memang tak makan ruang dalam bag dan ringan je tak berat mana pun.
BAHAN SEMULAJADI, BEBAS BAHAN KIMIA
PV Sunaway SPF50+ PA++++ mengandungi ekstrak damask rose (bahan utama) semulajadi dan bebas bahan kimia. Damask Rose ini berfungsi sebagai agen pelembap dan melicinkan kulit. Damask rose juga bahan yang kaya dengan vitamin-vitamin untuk menyerap ke dalam kulit, merawat kulit sensitif dan memberikan kesan kulit yang lebih berseri. Setakat tempoh yang Fiza guna ni tidak menyebabkan apa-apa kesan buruk pada kulit.
TEKSTUR RINGAN DENGAN PELINDUNGAN UV YANG TERBAIK.
PV Sunaway adalah sejenis sunscreen yang berbentuk cecair seperti krim yang bertesktur ringan. Sangat mudah untuk disapu pada kulit muka dengan rata dengan perlindungan terbaik daripada sinaran UVA dan UVB. Lagi satu, ianya tidak melekit.
SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT DAN PENGGUNAAN SETIAP HARI.
Bagi yang terdedah kepada cahaya matahari setiap hari tu, PV Sunaway ini sangat sesuai digunakan dan sangat mesra kulit untuk semua jenis kulit disebabkan ianya diformulasikan daripada bahan semulajadi. Memang okay sangat pakai hari-hari.
LEMBUT SEPERTI BALDU DAN HIDRASI SEPANJANG HARI
Alahaiii, terasa lembut sangat kulit seperti baldu lepas sapuan PV Sunaway ni tau. Dengan sapuan PV Sunaway dapat mengawal sebum yang berlebihan pada kulit dengan teknologi micro powder system disamping hyaluronic acid dapat memastikan kulit terhidrasi sepanjang hari.
TANPA WARNA
PV Sunaway sangat berbeza dengan sunscreen yang lain sebab ianya NO SHADES sunscreen dimana selepas sapuan tu tak nampak white cast. Kulit macam seolah-olah tak pakai sunscreen sebab adanya teknologi advanced non-chemical UV filter dengan transparent formula.
CARA PAKAI PETAL VELVET SUNAWAY
1. Goncang botol
2. Sapukan lapisan petal velvet sunaway pada kulit muka di waktu pagi atau sebelum keluar rumah atau sebelum terdedah kepada cahaya matahari.
Sejak ada PV Sunaway ni kalau nak keluar rumah memang Fiza siap-siap pakai. No more lah kulit muka berbelang macam zaman sekolah dan sunburn teruk. Boleh kemurungan kalau lepas balik bercuti kulit sunburn teruk. Lepas ni boleh bersenang hati nak bercuti ke tepi pantai ke atau buat aktiviti lasak di bawah sinaran matahari. Nyah kau cahaya matahari. Syuhhh pergi main jauh jauh.
Boleh dapatkan PV Sunaway dengan harga RM43 di Althea Korea. Alang-alang beli tu tambah lah Petal Velvet Powder sekali boleh dapat free shipping kalau beli lebih dari 2 items.