Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Bermalam di Beverly Hotel Taiping

$
0
0
Dari Ipoh lepas menjamu selera di Medan Selera TKK, terus gerak ke Taiping check in Beverly Hotel yang dah booked sehari via Agoda. Biasanya kalau survey hotel, Fiza dan husband suka baca review juga supaya tak tersalah pilih hotel untuk bermalam. Barulah berbaloi bayar untuk bermalam masa bercuti. Paling penting hotel bersih, cantik, selesa, senang nak access, kemudahan sekitar dekat dan service mesti bagus.



Daripada hasil survey tu, akhirnya kamiorang pilih Beverly Hotel sesuai dengan bajet, kemudahan yang ada dan agak dekat dengan destinasi yang nak dituju esoknya. Mulanya nak bermalam di Ipoh je sebab Ipoh banyak tempat menarik. Tapi disebabkan destinasi di Simpang, Perak. Jadi bermalam di Taiping je lebih dekat. Tak perlu naik turun naik Ipoh.

Sepatutnya dari booking tu check in 11:00 malam. Kononnya nak menghabiskan masa jalan-jalan Ipoh dulu tapi sebab dua-dua penat ya amat dengan perjalanan jauh dan tak cukup tidur. Jadi ambil keputusan check in awal daripada booking. Boleh rehat lebih sikit sebelum tempuh perjalanan balik yang jauh. 

Urusan check in sekejap je. Staff pun sangat friendly dan memudahkan urusan check in. Macam biasalah perlu bayar deposit RM50 dan touch kad bilik hotel diberikan. Bayaran deposit tu akan diberikan masa check out nanti.

Ada peti besi untuk simpan barang berharga sementara keluar bilik.

Masuk je bilik sebelah kiri bilik air. Bilik air yang bersih dan tersedia towel dan juga beberapa toiletries. Air panas dan air sejuk automatik daripada pili paip. Nak air sejuk kekanan dan air panas kekiri. Air memang laju dan kuat. Memang puas lah mandi.


Kamiorang pilih king bed lebih besar dan lebih selesa lah. Bilik ni takde langsir. Cuma ada bidai dan tingkap yang kecil. Tapi kalau buka bidai ni memang bersinar terang terus bilik. Lantai pula bukan tiles tapi carpet yang selesa dipijak. So far dalam bilik ni takde masalah bau. Semuanya bersih dan selesa.



Ada satu pintu ni laluan ke bilik sebelah. Kalau stay satu family bolehlah buka pintu ni. Tapi kalau tak, pintu ni hanya boleh dibuka dari dalam bilik sahaja. Jadi, orang sebelah tak boleh buka pintu. Ada disediakan hair dryer, kettle, cawan dan juga air minuman.



Dan ini pula view daripada bilik Standard Double yang kamiorang bermalam. Sesekali dengar lah bunyi train lalu tapi taklah kuat pun. Lalu pun laju, tak sempat nak terjaga kalau tertidur. Tapi memang best view lah kalau dapat bilik paling hujung ni.


So far selesa bermalam ni Beverly Hotel Taping, Perak ni. Kiranya berbaloi lah dengan harga tu. Takdelah spoil mood bercuti. Cuma bilik tak berapa nak kedap bunyi. Dengar lah orang sebelah bersembang sometimes. Well, itu perkara biasalah kot. Tak jadi masalah sangat kot? Recommended Hotel untuk sesiapa yang singgah bercuti di Taiping. Nak booking bukan kat sini ye, sila booking melalui website yang berkaitan dengan search je "Beverly Hotel Taiping".


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles