Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Review | Aritaum Real Ampoule Color Corrector

$
0
0
Concealer atau Color Corrector mana satu yang jadi pilihan? Pada mulanya Fiza ingatkan concealer dan Color Corrector ni benda yang sama tapi berbeza rupanya. Ohh, noob sungguh lah! Bila dah terjebak dengan makeup stuff ni baru lah faham setiap satu fungsi produk tu. Concealer ni biasanya warna dia ala-ala skin colour, warna bedak ataupun seperti warna foundation.

Color Corrector pula terdapat berbagai jenis warna untuk disesuaikan dengan warna dan masalah kulit seseorang. Akan tetapi, Color Corrector memerlukan concealer yang untuk kemasan akhir. Jadi, kalau ada color corrector perlu ada concealer juga ke macamana? Bergantung pada masalah kulit. Ada yang Fiza tengok kemasan hanya menggunakan foundation je. Arghh, so stress mengkaji bab makeup ni rupanya. 


Jenis Warna Dan Kesesuaian
  • Green: redness and broken capillaries. 
  • Blue/Lavender: sallowness. 
  • Pink/Peach: darkness, dullness and blue veins, particularly in fair skin. 
  • Yellow: dullness, particularly in olive skin tones. 
  • Orange/Red: darkness on skin tones deeper than medium.

Info ni Fiza ambil dari sumber google. Nak tahu lebih lanjut, kau orang boleh google je. Fiza beli Aritaum Real Ampoule Color Corrector warna peach beige yang sesuai untuk samarkan lingkaran bawah mata dan tepi bibir yang kulitnya tak sekata. Kalau guna concealer terus akan nampak warna kelabu jadinya. Jadi, Fiza cubalah gunakan color corrector nak tengok macamana hasilnya.


PACKAGING COLOR CORRECTOR
Fiza suka dengan packaging color corrector dari Aritaum ni sebab mudah untuk digunakan hanya perlu tekan pada hujung dan liquid color corrector akan keluar pada hujung applicator berus. Kalau pertama kali guna color corrector ni, kau orang perlu tekan banyak banyak kali sampailah keluar. Bila dah keluar liquid tu, seterusnya tak perlu nak tekan beria. Bila nak guna tekan sekali dia dah keluar banyak dah.


COLOR CORRECTOR PEACH BEIGE
Color peach beige ni pada Fiza lebih kurang concealer je warna dia tapi color corrector Aritaum ni jenis yang mudah sangat nak blend dengan kulit. Lepas guna applicator brush tu, hanya perlu dab dab guna sponge dia dah nampak okay dah. 


40% MOISTURE AMPOULES BASE
5 Moist plus ingredients
  • Royal Jelly
  • Propolis
  • Ice plant
  • Milk Protein
  • Apricot

CARA PENGUNAAN COLOR CORRECTOR

1. Apply color corrector peach beige pada bahagian gelap atau kulit tidak sekata.


2. Selepas dab dab color corrector menutupi bahagian gelap tu, kemudian baru lah apply concealer untuk memberikan kesan yang nampak sama dengan warna kulit.


Nampak tak perbezaan selepas apply color corrector dan concealer tu? Hilang sekejap kegelapan hitam tu kan. Kemudian barulah boleh apply foundation, BB cream dan CC look untuk nampak lebih cantik seperti apa yang di inginkan. Harga color corrector ni MYR26 dan boleh beli terus di ALTHEA KOREA.

RATINGS
Packaging : 💗💗💗💗
Texture : 💗💗💗💗💗
Smell : 💗💗💗💗💗
Effectiveness : 💗💗💗💗



Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles