10 Steps Korean Skincare Routine agak trending buat masa ni disebabkan ramai yang sudah terjebak dengan Korean Beauty (K-Beauty) Products. Bila tahu amalan 10 Steps Korean Skincare Routine ni, Fiza rasa sangat susah nak amalkan sebab rasa macam terlampau banyak produk yang nak digunakan dan perlu mengikut step dengan betul.
Kalau sekali dengar 10 steps tu memang rasa agak leceh dan malas. Skincare routine yang 2 3steps ini pun kejap on off, inikan pula 10 steps! Tapi iyalah kalau fikir macam tu memang tak dapat kesan yang bagus lah. Setelah diteliti dan selidik, bukanlah 10 steps tu perlu diamalkan setiap hari. Ada beberapa step yang boleh skip. Cuma routine tu perlu dibuat jangan ditinggalkan.
Kalau tengok orang Korea punya kulit majoriti cantik dan halus mulus je. Disebalik kulit yang cantik rupanya mereka mengamalkan 10 Steps Korean Skincare Routine. Apakah 10 Steps 10 Steps Korean Skincare Routine tu? Jom ambil tahu! Fiza pun baru mula nak amalkan.
Kalau tengok orang Korea punya kulit majoriti cantik dan halus mulus je. Disebalik kulit yang cantik rupanya mereka mengamalkan 10 Steps Korean Skincare Routine. Apakah 10 Steps 10 Steps Korean Skincare Routine tu? Jom ambil tahu! Fiza pun baru mula nak amalkan.
STEP 1 : OIL CLEANSER/MAKEUP REMOVER/WET TISSUE
Kaedah menggunakan oil cleanser/makeup remover ni sangat popular di Korea dan dikenali dengan kaedah double cleansing. Pakai makeup ataupun tidak, perlu juga buat step 1 ni sebab untuk cuci muka betul-betul bersih. Bagi yang pakai makeup, memang perlu tanggalkan lapisan makeup dan bagi hanya pakai pelembap tu untuk elakkan pori tersumbat.
Yang pakai oil cleanser kaedah ini seperti kita bersihkan kotoran minyak dimuka dengan minyak. Buat masa sekarang Fiza pakai Pore Purifying Serum Cleanser memang bersih sungguh muka dengan kaedah ni. Segala makeup degil mudah nak bersihkan.
Yang pakai oil cleanser kaedah ini seperti kita bersihkan kotoran minyak dimuka dengan minyak. Buat masa sekarang Fiza pakai Pore Purifying Serum Cleanser memang bersih sungguh muka dengan kaedah ni. Segala makeup degil mudah nak bersihkan.
Kalau kau orang tak ada oil cleanser, boleh gunakan makeup remover atau wet tissue yang mudah nak didapati di mana-mana drugstore. Makeup remover kaedahya macam biasa gunakan kapas dan tekap pada muka untuk hilangkan kesan makeup.
STEP 2 : CLEANSER
Pada step 2 ni bersihkan muka dengan cleanser yang biasa kau orang guna. Boleh gunakan foam cleanser, water based cleanser atau cleanser yang biasa digunakan. Fiza guna The Contour Cleanser Bare Essentials Althea yang dah serasi dengan kulit. The Contour cleanser ni special sikit sebab ada mengandungi kapsul mikro halus untuk menghapuskan sel kulit mati pada kulit untuk memberikan kesan kulit baru yang lebih halus lembut dan licin.
STEP 3 : EXFOLIATOR/SCRUB
Fungsi exfoliator/scrub ni tak lain tak bukan untuk buang sel kulit mati, buang kotoran dan daki pada kulit untuk bagi peluang pertumbuhan sel yang baru. Bila guna scrub, jangan gosok terlalu kuat. Cukup sekadar gosok muka perlahan seperti cuci muka. Kandungan biji-biji dalam scrub tu akan membantu menanggalkan sel kulit mati pada kulit. Aktiviti scrub ni hanya perlu buat 2-3 kali dalam seminggu sudah memadai. Fiza paling suka homemade scrub coffee 2 in 1 ni. Boleh pakai kat muka dan badan. Jimat!
STEP 4 : TONER
Fiza rasa ramai yang skip step 4 ni. Betul tak? Toner ni sangat penting sebenarnya untuk tutup semula pori selepas cuci muka/scrub tadi. Toner ni ada bermacam-macam cara untuk pakai. Ada jenis perlu gunakan kapas, ada jenis spray dan ada juga jenis yang hanya perlu dab dab pada muka. Selain fungsinya untuk tutup semula liang pori, toner juga boleh bantu seimbangkan level pH kulit muka kita.
Jadi, gunakan toner yang sesuai dengan jenis kulit ya. Fiza gunakan toner mamonde flower honey dapat free sample. Kena gunakan sampai habis kalau tak rugi je. Yang ni memang best pakai. Recommended!
Jadi, gunakan toner yang sesuai dengan jenis kulit ya. Fiza gunakan toner mamonde flower honey dapat free sample. Kena gunakan sampai habis kalau tak rugi je. Yang ni memang best pakai. Recommended!
STEP 5 : ESSENCE/EMULSION
Fiza pernah guna Pitera Essense SK-II sebelum ni tapi tak ikut 10 Steps ni. Jadi bila salah guna langkah tu tak berapa nak berkesan sampailah habis sebotol tu. Jadi, produk dah bagus kena pandai gunalah. Essence ni biasanya harga dia agak costly dan berbentuk cecair macam air. Nak pakai pun hanya perlu dab dab je pada kulit untuk serapan essence lebih cepat ke dalam kulit. Buat masa sekarang tengah mencari essence yang sesuai di Althea.
STEP 6 : SERUM/AMPOULE/TREATMENT/FACE OIL
Fiza dah cuba bermacam serum dan Fiza berpendapat setiap serum tu bagus dan berkesan. Jadi, gunakanlah serum mengikut langkah dan cara yang betul. Serum ni kebiasaanya berbentuk gel dan lebih pekat. Serum yang Fiza pernah cuba Ephyra Skin Nano dan WOWSkin Vitamin Serum. Kedua-duanya bagus. WOWskin tu ada 2 jenis serum siang dan malam. Sekarang tengah berkira-kira nak cuba serum yang baru.
STEP 7 : SHEET MASK
Sheet mask ni sangat popular di kalangan gadis/wanita korea. Sheet mask juga senang nak pakai dan senang nak tanggalkan. Tak leceh macam pakai clay mask, peel off mask dan sleeping mask. Tapi untuk step 7 ni hanya perlu pakai sheet mask sahaja ya. Kalau nak pakai mask jenis clay mask, peel off tu kena pakai sebelum step2 atau step 3. Sleeping mask pula pakai selepas step 9 sebab sleeping mask ni bawa tidur kan. Sheet mask ni ada bermacam jenis dan mengandungi pelbagai jenis vitamin/khasiat.
Dengan memakai sheet mask ni vitamin/khasiat daripada sheet mask dapat menyerap lebih banyak ke dalam kulit. Sheet mask ni jarang nampak yang murah-murah. Paling murah pun dekat drugstore RM2. Kalau takde stok sheet mask banyak, pakai 2-3 seminggu pun dah okay rasanya. Tapi kalau dapat pakai hari-hari memang best.
STEP 8 : EYECREAM
Kalau kau orang taknak nampak kedutan pada bahagian mata tu bolehlah pakai. Rasanya bila usia dah makin meningkat ni macam dah boleh mula pakai eyecream ni. Step 8 ni kalau nak skip pun boleh tapi kalau buat lagi bagus boleh prevent kedutan menjelma. Nanti nak try survey lah eyecream yang sesuai. Kena cuba juga ni.
STEP 9 : MOISTURISER/FACE CREAM
Fiza paling tak suka jenis moisturiser jenis melekit. Rasa rimas je. Dan sekarang lebih suka pakai A;Fox Tea Toc Water Aloe Vera Soothing Gel yang juga boleh dijadikan sebagai moisturiser yang tidak melekit dan melembapkan kulit. Paling penting tak melekit dan tak berminyak bila pakai.
STEP 10 : SIANG-SUNSCREEN/SUNBLOCK/SPF | MALAM-SLEEPING MASK
Dah buat semua step tapi step terakhir ni kau orang tak buat umpama macam sia-sia sebab spf ni lah yang melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan kulit rosak (jeragat dan kulit kusam). Untuk siang boleh pakai sunscreen/sunblock/spf sebelum makeup. Kiranya 10 step untuk prep muka sebelum makeup. Lepas tu barulah boleh sapukan primer dan foundation. Sekarang Fiza pakai sunscreen Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++.
Sleeping mask ni Fiza tak pernah cuba lagi dan akan cuba guna juga untuk amalkan 10 steps routine ni. Fungsi sleeping mask adalah untuk mengekalkan dan mengunci kelembapan kulit sampailah kita bangun tidur.
Fuhh, jenuh kalau nak buat 10 Steps Korean Skincare Routine ni. Tapi why not kita cuba untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat dengan cara yang betul. Tak semua step tu perlu dibuat setiap hari, ada yang hanya perlu buat 2-3 kali seminggu. Untung-untung dapat kulit 'glass skin' macam orang Korea siapa yang tak nak. Produk tu tak semestinya perlu dapatkan K-Beauty. Pakai mana yang sesuai dengan kulit tak kisah jenama apa pun, janji ikut step lah. Kalau nak K-Beauty murah boleh dapatkan di website Althea Korea.
Okay, 2019 ni nak focus pada mencantikkan kulit lah. Bab makeup tu rasanya kalau nak follow cara makeup orang Korea tak susah mana sebab Korean Makeup Looks simple-simple dan nampak natural. Tapi kalau kulit dah cantik, tak perlu makeup beria pun dah okay dah. Dah boleh jimat beli barang makeup. Nak kulit cantik atau cantik dengan makeup yang hanya sementara? Of courselah pilih cantik untuk jangka masa panjang. Betul tak? Nak cantik macam kulit orang Korea, jom cuba amalkan 10 Steps Korean Skincare Routine.
Beruntung kalau kau orang jenis kulit yang tak bermasalah tu. Sila jaga dengan baik dan jangan gunakan produk sebarangan. Lagi-lagi produk timbang kilo. Kalau muka dah breakout, nak pulihkan semula kulit tu sangat struggle okay!
Beruntung kalau kau orang jenis kulit yang tak bermasalah tu. Sila jaga dengan baik dan jangan gunakan produk sebarangan. Lagi-lagi produk timbang kilo. Kalau muka dah breakout, nak pulihkan semula kulit tu sangat struggle okay!