Fuhh..lama juga Fiza peram entry unboxing Althea Beauty Haul 10.0 ni. Althea Beauty Haul 10.0 ni sangat istimewa sebab ianya Althea Xmas Gift iaitu Sixtenn Brickit Shadow Kit #Choco. Nak dipendekkan cerita, eyeshadow adalah salah satu Top 10 wishlist Korean Beauty Products yang Fiza inginkan. Tak kisah eyeshadow shades apa sekalipun. Janji ada untuk buat koleksi makeup Fiza.
Disebabkan hanya eyeshadow palette comel sahaja yang dikirimkan. Jadi, kali ni tiada kotak comel Althea. Tapi masih lagi menjaga keselamatan dan kualiti barang dengan membalut menggunakan stand up pouch bag jenis plastic bubble bags. Nak tahu macamana, boleh tengok video unboxing bawah ni.
Althea ni kalau hantar mesti diterima dalam keadaan baik. Setakat ni perkhidmatan Althea tak pernah mengecewakan. Tak pernah lagi dapat barang rosak atau tak cukup barang. Cuma cepat lambat tu bergantung pada courier dan tolak hari tu. Alhamdulillah Sixteen Brickit Shadow Kit diterima dalam keadaan baik takde pecah-pecah.
Sixteen Brickit Shadow Kit #Choco
- Egg Nog
- Cotton Sugar
- Sweet Latte
- Milk Coco
- Rose Macaroon
- Hazelnut Syrup
- Cinnamon Powder
- Deep Brownie
- Melting Ganache
- Cacao 100
Sumpah suka dengan 8shades dalam eyeshadow palette tema choco ni. Ada masa nak buat eksperiment dengan semua shades yang ada. Entah looks apa yang jadi nanti tak tahu lah. Kita cuba selagi nampak okay. Fiza rasa Sixteen Brickit Shadow Kit #Choco ni sangat sesuai untuk daily makeup sebab shades yang mostly nude dan natural colours. Setuju tak?
Kalau tak buka kotak tu mesti ingat chocolate bar kan? Awas ya, ini bukan chocolate untuk di makan. Dah siap makeup guna eyeshadow ni nanti Fiza kongsikan okay! Thank you Mamasan Tammy Lim and ALTHEA KOREA.