Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Althea Beauty Tool | Lovely Etti Hair Band

$
0
0
Website Althea Korea ni berhantu betul! Bahaya sungguh kalau dah termasuk website Althea ni. Semua benda kau nak masuk dalam bakul. Masa shopping sempena birthday rewards haritu ternampak Lovely etti Hair Band, salah satu Althea beauty tool yang super cute yang patut kau orang beli. Pantang nampak benda comel mesti nak beli.


Dan keinginan nak membeli tu kena disusuli dengan tujuan kegunaannya. Kegunaan etti hair band ni bukan sekadar menonjolkan kecomelan si pemakai tapi kegunaan utama dia adalah untuk memudahkan kita mencuci muka atau memakai sebarang jenis mask.


Bila pakai etti hair band ni, lebih senang lah kau orang nak cuci muka tu tanpa gangguan rambut dan rambut pun tak basah. Nak pakai sebarang mask pun lebih senang tak terkena pada rambut. 


Disebabkan harganya cuma RM15, Fiza pun tak fikir panjang dan terus masuk bakul je. Bila pakai pun selesa sambil-sambil baring tunggu mask kering tu. Kau orang boleh dapatkan lovely ettir hair band ni melalui website Althea Korea.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles