Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Day Trip ke Pulau Mersing Dengan Harga Murah

$
0
0
Pulau Mersing @ Mersing Island, salah satu pulau yang menarik di Negeri Johor. Mersing memang terkenal dengan kepulauan yang cantik untuk dikunjungi. Bercuti di Pulau memang best selain menikmati keindahan pantai yang cantik, boleh buat pelbagai aktiviti dan for sure lah tak membosankan walaupun berada di Pulau. Apa yang boleh dibuat di Pulau seperti snorkeling, memancing, island hoping, hiking dan sebagainya.


Paling best dapat menikmati pemandangan indah pantai tu. Bangun-bangun tidur menikmati permandangan pantai sesuatu yang sangat mahal. Siapa yang tak suka pantai kan. Fiza suka sangat tapi agak aquaphobia. Tapi teringin nak pergi bercuti ke Pulau. Apa pasal lah semua pulau jauh-jauh. Salah satu pulau yang Fiza nak pergi adalah Kepulauan Mersing. Tak dapat bercuti lama dapat day trip ke Pulau Mersing pun jadilah. Dapat juga tenangkan fikiran menikmati alam semulajadi and close to nature.

Well, Fiza kongsikan satu pakej day trip ke Pulau Mersing, Johor kalau ada yang berminat untuk rasakan pengalaman pengembaraan pulau ke pulau dalam masa satu hari dengan pelbagai aktiviti.

1. Snorkeling set
2. Snorkeling 5 Pulau
- Pulau Lima Depan (Nemo)
- Pulau Lima Belakang (Gua)
- Pulau Sibu Kukus
- Pulau Mentigi
- Pulau Tinggi (Waterfall)
3. Simple lunch
4. Buah & makanan ringan
5. Mineral water & air kotak
6. Bot transfer pergi & balik(speedboat)


Serious lah Pulau di Mersing ni semua cantik-cantik. Seronok lah kalau dapat snorkeling dan hiking tu. Satu kepuasan! Bila lah agaknya nak sampai sini. Sebagai seorang bangsa Johor rasa terpanggil nak jejak kaki ke sini. Tak dapat lama, dapat buat day trip pun okaylah kan. Boleh siap-siap masuk dalam wishlist.


Untuk pertanyaan dan tempahan pakej, hubungi :
www.wanpulautioman.com
019-2941683


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles