Salam Ramadan. Dalam bulan Ramadan yang mulia ni, MVM Relief telah melancarkan program Misi Bantuan Ramadan: Syria, Kami Datang 3.0. Ini merupakan tahun ke-3 MVM menghantar bantuan Ramadan di kem-kem pelarian Syria di sempadan Turki-Syria. Antara lokasi bantuan yang akan dihulurkan adalah Kem Pelarian di Idlib & Luar Bandar Aleppo, Kem pelarian di Sempadan Turki - Syria dan juga Masjid-masjid di Idlib & Luar Bandar Aleppo.
MVM (Muslim Volunteer Malaysia) PERTUBUHAN BANTUAN KECEMASAN.
MVM (Muslim Volunteer Malaysia) Relief bukan lagi satu pertubuhan baru dalam menghantarkan bantuan ke Syria. MVM bukan saja satu menjalankan satu program bantuan kecemasan di dalam Malaysia dan luar antarabangsa, malah bantuan juga diberikan kepada mereka yang memerlukan di luar negara seperti Kemboja, Vietnam, dan Bangladesh serta negara Timur Tengah seperti Syria, Jordan dan Lubnan.
Antara program-program bantuan yang telah dilaksanakan oleh MVM Relief Malaysia dan Antarabangsa adalah:
MVM Relief Malaysia:
2013: Misi Bantuan Mangsa Banjir Kuantan, Pahang
2014 & 2017: Misi Bantuan Mangsa Banjir Kelantang
2016: Misi Bantuan Mangsa Banjir Sarawak
2017: Misi Bantuan Mangsa Banjir Kedah
MVM Relief Antarabangsa:
2017:
Misi Bantuan Gabungan Anak Muda Jordan - Lubnan
Unity Convoy Ambulance for Syria - UK, France, Switzerland, Italy, Bulgaria, Greece
Misi Bantuan Syria, Kami Datang di Turki-Syria
Misi Bantuan Anak Muda Peduli Rohingya di Bangladesh
2017 & 2017:
Misi Bantuan Ramadan: Syria, Kami Datang
2018:
Misi Bantuan Ramadan: Rohingya, Kami Peduli
Misi Bantuan Hidupkan Rohinyga: Pembinaan Sistem Rawatan Air SafeWhere
2018 & 2019:
Misi Bantuan Musim Sejuk: Syria, Kami Datang
Sebelumnya, pada tahun 2016, MVM telah menandatangi MOU bersama Malaysia Lifeline for Syria untuk kerjasama dalam menghantar bantuan kecemasan dan keperluan asas kepada penerima bantuan di luar negara. Fokusnya lebih kepada pelarian Syria yang berada di kem-kem pelarian sempadan Turki-Syria dan juga pelarian Rohingya di Bangladesh.
Tahun ini, 2019 adalah tahun ke-3 MVM melaksanakan amanah rakyat Malaysia bagi menghantar bantuan musim sejuk, dan keperluan asas dengan anggaran lebih RM3 juta jumlahnya. Walaupun jumlah yang agak banyak tapi Fiza rasa masih belum cukup untuk membantu mereka terutamanya bulan Ramadan ni. Bayangkanlah kalau kita berpuasa dan tidak makanan untuk bersahur dan berbuka. Mesti susah untuk kita mengerjakan ibadah puasa apatah lagi meneruskan kehidupan seharian.
HANTAR BANTUAN KE LUAR NEGARA. PERLU KE?
Seperti yang kita sedia maklum, pergolakan dan peperangan yang berlaku di Syria masih berterusan sampai sekarang. Lansung tiada tanda-tanda ia akan berakhir sejak 8 tahunyang lalu. Setiap hari mereka berdepan dengan bahaya dan setiap hari kematian pasti berlaku. Malah ia berlaku setiap minit. Allahuakbar! Sayu betul kalau tengok berita tentang Syria. Lagi-lagi melihat anak kecil yang terpaksa berdepan dengan situasi sebegini.
Sudahlah begitu, bekalan makanan, perubatan dan keperluan asas hidup tidak pernah mencukupi dan sangat diperlukan dari semasa terutamanya di kem-kem pelarian. Jadi, MVM Bersama NGO-NGO dari seleuruh dunia dengan rasa tanggungjawab dan sangat perihatin dengan isu-isu kemanusiaan sebegini mewakili rakyat Malaysia memegang amanah dalam menghantar bantuan-bantuan kecemasan kepada saudara islam kita disana yang lebih susah dan menderita disana berbanding negara kita yang aman damai.
Apa yang menyedihkan lagi, rakyat Syria kehilangan pengenalan diri akibat dari peperangan yang tercetus membuatkan kehidupan mereka bertambah sukar kerana tidak boleh bekerja mahupun bersekolah. Mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di Turki dan juga negara lain jauh sekali.
Dana sasaran MVM kali ini adalah sebanyak RM500,000 untuk disalurkan kepada lebih kurang 20,000 pelarian Syria yang akan menerima manfaat daripada bantuan Ramadan kali ini. Antara jenis bantuan yang akan dihantar adalah seperti memberi pek berbuka dan sahur, pek makanan barangan asas dapur dan beg kecerian yang mengandungi alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan juga baju raya. Besar pahala memberi makan kepada mereka yang berpuasa. Mudahnya mendapat pahala di bulan puasa ni kan.
Misi Bantuan Ramadan 2019 kali ni juga MVM telah bekerjasama dengan pertubuhan NGO, Global Peace Misson (GPM). Mereka semua yang terdiri daripada petugas dan sukarelawan MVM, turut serta GPM akan berangkat ke Turki pada 26 Mei 2019 nanti dan akan berada di sana sehingga 6 Jun 2019.
CARA MENGHULURKAN SUMBANGAN UNTUK MISI BANTUAN RAMADAN : SYRIA, KAMI DATANG 3.0
Jika berminat untuk menghulurkan sumbangan ikhlas seberapa sahaja yang termampu atau menaja sekurang-kurangnya 1 keluarga pelarian Syria yang bernilai RM100 yang terdiri daripada pek iftar dan sahur, pek makanan dan beg keceriaan untuk kanak-kanak dan anak-anak yatim Syria. Boleh membuat sumbangan secara online melalui :
ATAU
Atau boleh juga memberi sumbangan terus ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
Maybank: 56480 164 7699
CIMB Islamik: 8602 5378 07
Bank Islam: 1230 0010 0030 65
Affin Bank: 1060 2003 8503
Email: account@mvm.org.my
Sumbangan berjumlah RM1000 dan ke atas, pihak MVM akan menyediakan resit pelepasan cukai. Rebut peluang menambah pahala dan membuat sumbangan ikhlas di bulan Ramadan ini. Hubungi wakil MVM di talian 012 235 6854 untuk maklumat lanjut.
Website rasmi : www.mvm.org.my
Website donation : www.donationa.mvm.org.my
Sosial media MVM
Facebook page : Muslim Volunteer Malaysia
Instagram : muslimvolunteermalaysia
Twitter : @VolunteerMVM
Telegram channel : https://t.me/MuslimVolunteerMalaysia
Dermalah seikhlas mana termampu walaupun RM1. Sumbangan yang kecil tapi besar maknanya pada mereka.