Okay sambung cerita raya sebelum Syawal berakhir. Cerita raya tahun ni tak berapa nak ada sebab kurang aktiviti raya. Entah kenapa tahun ni mood raya tu lari jauh sangat entah kemana dan raya bulan syawal sekejap je walaupun raya sebulan. Marilah berbalik semula cerita 4 Syawal di Segamat. 4 Syawal, Raya ke empat barulah rasa meriah sikit raya sebab ramai semua adik beradik 8 orang beraya bersama setelah bertahun tahun tak pernah lengkap.
Walaupun semua adik beradik ada, nak bergambar bersama tu memang payah ya amat! Ini pun kira rezeki dapat bergambar bersama sebab raya pertama tanpa family potrait. Yang lain tengah sibuk dengan segala urusan lepas majlis family day. Ada yang tengah mengemas dan berehat.
Tahun ni family day sebelah mak dan abah Fiza, rumah kami jadi tuan rumah. Sebelah pagi family day mak dan sebelah petang family abah. Raya kedua dah start merewang dah. Memang raya tahun ni raya pertama je lah. Raya kedua sampai ke empat memang sibuk dengan persiapan dan mengemas lepas majlis.
Macam biasa tugas Fiza jaga kaunter pendaftaran |
PERJUMPAAN KELUARGA BESAR KE-17 WARISAN KUTIK
Warisan Kutik ni perjumpaan keluarga besar sebelah mak. Fiza generasi ke empat dalam warisan ni. Rasanya dah sampai generasi ke tujuh lah kot. Kedatangan tahun ni lebih hampir 300 ahli keluarga. Ikutkan ramai lagi ahli keluarga ni tapi ye lah kan bila keluarga dah berkembang besar ni memang susah nak berkumpul ramai-ramai semuanya ada. Yang penting, majlis perjumpaan keluarga besar ni setiap tahun ada masa hari raya.
Aktiviti perjumpaan keluarga biasanya ada minit mesyuarat untuk perlantikan AJK, bacaan doa, sukaneka, lucky draw dan lain-lain mana yang sempat. Meriah memang meriah. Lagi seronok kalau dapat hadiah lucky draw tu kalau bertuah.
Husband dapat penapis hadiah lucky draw |
PERJUMPAAN KELUARGA BESAR KE-12 AYUB MD AKIL
Majlis perjumpaan abah pula sebelah petang mula pukul 2petang. Aktiviti pun lebih kurang je cuma sebelah abah ni tak ada minit mesyuarat je. Gambar majlis tak berapa nak ada sebab tak ada official photographer. Majlis sebelah petang masing-masing dah kepenatan. Dah penat muka dah selekeh baru dapat ambil gambar family potrait dengan mak abah untuk raya tahun ni.
Okay cukuplah cerita raya 4 Syawal sebagai penutup cerita raya tahun ni untuk kenangan akan datang. Lagi 5 hari je dah nak habis Syawal. Berkumpul lagi di hari raya akan datang.