Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Skincare | Mamonde Rose Water Toner

$
0
0
Apa-apa sahaja yang berkaitan dengan bunga Rose, memang Fiza suka. Kalau produk kecantikan ada perkataan rose tu cepat je nak masuk bakul. Bau rose tak pernah tak best. Untuk toner selepas menggunakan scrub ataupun cleanser, Fiza akan gunakan Mamonde Rose Water Toner. Sebelum ni pernah cuba brand Mamonde Honey tu tapi honey tak ada dalam website Althea. Jadi, second choice Fiza beli rose water. No regret sebab Fiza suka rose.


MAMONDE ROSE WATER TONER
Bau rose water toner ni sumpah best! Bau sweet sangat. Rose water toner mengandungi 90.89% Bulgarian Damask Rose Water yang membantu mengekalkan melembapkan dan membersihkan kotoran serta sel kulit mati. Diformulasikan :
  • Tanpa pigmen sintetik
  • Tanpa minyak haiwan
  • Tanpa minyak mineral
Disebabkan Damasak Rose Water ni bebas daripada 3 bahan tu, jadi sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit jenis sensitif. Kulit muka pun bau rose. Love teruk! Kulit pun tak rasa pedih sebab tanpa alkohol dan of courselah tidak mengeringkan kulit.
INGREDIENTS
  • Rose water extract - Has hydrating, soothing and anti-inflammatory properties. It also helps to remove oil and dirt within the pores 
  • Plum blossom extract - Gives the skin a natural glow and prevents premature aging 
  • Sacred lotus extract - Moisturizes the skin and is rich in antioxidants

CARA PAKAI ROSE WATER TONER
Selepas bersihkan muka, letak rose water pada cotton pad dan lap pada kulit muka. Kemudian dab dab untuk serapan toner yang lebih baik ke dalam kulit. Kadang tu kalau datang mood malas Fiza just letakkan rose water pada tapak tangan, sapu pada muka dan dab dab je. Kalau malas sangat, masukkan rose water dalam botol spray dan bila nak guna spray dan dab dab je. Janji tak pernah tinggal nak guna.

Bila pakai toner ni kulit muka lagi bersih dan rasa fresh. Kulit muka pun terasa lembap. Paling best toner ni tak rasa melekit lansung pada kulit. Botol pun besar 250ml tu entah bila nak habis. Fiza start pakai bulan February dan sekarang bulan julai baru guna suku botol. Memang jimat berbulan bulan lah baru beli stok baru. Macam biasalah tempat shopping Korean Beauty Products, of couse lah beli di Althea Korea.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles