Sejak tahun 2006 memang selesa dengan bau Perfume oil Vanilla The Body Shop. Bertahun juga lah Fiza bertahan dengan bau vanilla tu. Suka sangat sebab bau dia sweet, light dan menenangkan bila bau. That's way lah tak pernah bertukar sampai husband Fiza pun pakai perfume oil yang sama masa zaman study dulu. Okay, taste sama!
Memang menggoda betul bau dia. Bau ala cookies tengah masak pun ada juga. Bau vanilla kan? Rasa sweet macam tu lah. Tahun lepas Fiza bertukar ke perfume oil lain sebab perfume oil vanilla tak dikeluarkan lagi. Yang ada jenis botol spray untuk eu de toilette dan body mist je kalau tak silap. Perfume oil memang tak ada dah. So, Fiza decided beli White Musk Smoky Rose pula sebab macam suka pula bau rose tu. Masih lagi beli di The body Shop. Loyal!
Tapi tak kekal lama sebab bau rose tu macam dah kurang bau pada Fiza. Ke dah immune dengan bau tu pun tak tahu lah. Tak pun tak sesuai dengan bau tu. Memang tak boleh move on agaknya dengan bau vanilla ni. So beli je lah Eu De Toilette Vanilla tu.
Walaupun perfume oil takda. Don't care! Janji bau vanilla tu ada dan tak pernah berubah bau dia. Eu De Toilette pun boleh lah. Fiza suka perfume oil sebab lebih tahan lama guna dan bau pun kekal lama. Jenis spray ni cepat habis sebab dok spray je tak sedar dah banyak guna. Betul tak?
- Perfume (Parfum)
Memiliki kepekatan minyak wangi 20%-50% yang membuatkannya lebih tahan lama dipakai.
- Eau De Parfum (EDP)
Eau de Parfum mempunyai kandungan minyak wangi antara 10%-15% sahaja. Wangian juga boleh tahan lama dan harganya lebih murah.
- Eau De Toilette (EDT)
Mengandungi campuran perfume di antara 3-8%. Minyak wangi yang tidak tahan lama dan perlu memakainya berkali-kali untuk mengekalkan bau dalam tempoh masa yang lama. Bauan juga tak terlalu kuat.
- Cologne
Minyak wangi yang mengandungi pati perfume yang paling sedikit 3% sahaja. Jadi kepekatannya juga adalah kurang dan sangat murah berbanding dengan jenis-jenis perfume yang lain dan bau tidak tahan lama.
Eu De Toilette ni tahan sehingga 24 bulan selepas dibuka. Okay kita tengok berapa lama Fiza boleh habiskan perfume ni sebelum expired atau dah expired date pun masih ada lagi. Hihi. Kalau boleh tahan selama buka tu kira okaylah. Jimat duit beli perfume dua tahun ni kan. Siapa suka bau vanilla? kita geng!