Tahu tak SAFI Malaysia dah keluarkan produk terbaru lagi iaitu Beautea By Safi. Tahniah Safi! Jenama Safi bukan lagi jenama baru di pasaran. Produk Safi adalah buatan Malaysia yang halal dan selamat digunakan. Baru-baru ni dah viral Beautea By Safi, cleanser dan scrub yang dihasilkan daripada ekstrak teh premium. Pantang ada produk baru, mesti terjebak nak cuba juga. Fiza cuba White Tea & Damask Rose Cleanser dan Apricot Tea Revitalising Face Scrub.
BEAUTEA BY SAFI
Beau-tea by Safi dihasilkan daripada ekstrak teh premium yang terpilih dengan gabungan bahan-bahan semulajadi yang terbaik untuk kulit yang sihat. Produk yang telah diuji oleh pakar dermatologi serta bebas alkohol, bebas paraben, bebas SLS/SLES dan bebas silikon. Dikeluarkan dengan 4 variasi mengikut jenis kulit.
- White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser - Dry to normal skin
- Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser - Sensitive skin
- Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser - Normal to oily skin
- Apricot Tea Revitalising Face Scrub - All types of skin
Memandangkan kulit Fiza jenis kering, jadi memang patutlah guna White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser ni kan. Dan tak lupa juga, scrub juga penting untuk membersihkan muka secara mendalam dengan menanggalkan kulit mati pada kulit supaya pori-pori tak tersumbat.
WHITE TEA & DAMASK ROSE HYDRATING GEL CLEANSER
White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser dirumus dengan gabungan teh putih (white tea) dan Damask Rose yang kaya dengan antioksidan untuk mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mengurangkan saiz liang-liang kulit.
WANGI, LEMBUT DAN MELEMBAPKAN KULIT.
Tak dinafikan, kalau pencuci muka yang berbau wangi ni macam teruja sikit nak cuci muka sebab bau rose ni memang wangi sangat. Bukan hanya wangi tapi cleanser dia jenis sangat gentle. Kulit jenis kering macam Fiza ni jadi lembap selepas cuci muka.
APRICOT TEA REVITALISING FACE SCRUB
Apricot Tea Revitalising Face Scrub pula dirumus dengan ekstrak apricot dan juga white tea yang kaya dengan antioksidan untuk membantu memulihkan semula tekstur kulit menjadi cerah dan berseri dengan cara membersihkan liang kulit secara pengelupasan tanpa mengeringkan kulit.
SCRUB WANGI YANG MEMBERSIH DAN MENCERAHKAN KULIT
Tanpa scrub, tak lengkap rasanya rutin penjagaan muka Fiza. Salah satu scrub favourite Fiza adalah Apricot Tea Scrub Beautea by Safi ni. Scrub apricot yang berbau wangi dan mempunyai butiran kecil yang tidak kasar. Bila pakai tu terasa kulit lebih cerah sebab segala sel-sel kulit mati dah berjaya dibuang. Kalau tak, rasa kulit muka tu kusam je.
CARA PENGGUNAAN
Cara penggunaan setiap produk safi boleh rujuk pada bahagian belakang pack produk. Mudah untuk rujukan dan penggunaan untuk elakkan salah guna.
UNTUK PEMBELIAN
Boleh buat pembelian secara online melalui website Watsons ataupun melalui Watsons Mobile App. Dapatkan segera sebab sekarang tengah ada sale, hanya RM18.80. Harga biasa RM23.30.
Terdapat 4 variasi Beautea by Safi ni. Selain White Tea & Damask Rose dan Apricot Tea Scrub ni, Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser untuk kulit normal to oily dan Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanse untuk kulit sensitif. Jadi, nak beli tu kena ikut jenis kulit masing-masing lah ye.