Proses perubahan warna |
KENAPA DIPANGGIL BUNGA KEMBANG 3 BULAN
Dipanggil bunga kembang 3 bulan disebabkan bunga ni akan berkembang setiap 3 bulan katanya. Tak pasti betul atau tidak. Tapi itu mungkin zaman dulu lah. Zaman sekarang ni dengan teknologi yang ada boleh buatkan bunga ni kembang sepanjang tahun macam tu. Siapa tahu kan?
Panggilan nama siti zaleha atau siti zubaidah tu mungkin pada zaman dahulu bunga ni di anggap cantik seperti gadis bernama siti zaleha atau siti zubaidah. Mungkin lah? Tak ketahui asal usul nama ni. Yang pasti bunga ni berasal daripada negara jepun yang beriklim sejuk. Sebab tu pokok Hydragea ni sesuai ditanam pada suhu yang tak telalu panas sebab kalau cuaca panas pokok ni mudah lecur. Dan lebih sesuai ditanam di dalam tanah bukan di dalam pasu.
KEUNIKAN HYDRAGEA
Nak tahu tentang keunikan hydragea ni? Fiza suka tengok kejadian bunga hydragea ni sebab bunga dia kembang rapat-rapat. kalau buat flower bouquet memang cantik dan no wonderlah harga dia mahal. Apa yang uniknya tentang hydragea ni adalah perubahan warna bunganya. Perubahan warna bunga bergantung pada pH tanah.
CARA MENGUBAH WARNA BUNGA HYDRAGEA
Untuk mengubah dan mengawal warna bunga hydragea adalah dengan memeriksa pH tanah terlebih dahulu. Untuk menghasilkan warna pink daripada warna biru sangat mudah tapi kalau nak ubah warna pink menjadi warna biru agak susah. Perubahan warna bunga hanya boleh dikawal selepas pokok matang 2 tahun.
Untuk dapatkan bunga bewarna biru, pH tanah perlu diturunkan dengan cara menambah sulfur atau tanah gambut pada permukaan tanah. Untuk mendapatkan hasil bunga warna pink, perlu letakkan kapur pertanian pada permukaan tanah. Menarik dan Unik bukan? Tapi kebiasaannya Fiza nampak hydragea ni warna kebiruan keungguan macam tu.