Quantcast
Channel: Blog Sihatimerahjambu
Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Kenapa Perlu Buang Broken Link Dalam Blog

$
0
0
Broken link atau pautan rosak dalam blog ni kalau dibiarkan lama memang bersarang jawabnya.  Selalu lah check dan rajin membuang broken link sekerap mungkin. Walaupun sekali check dah buang habis senarai broken link tu tapi tetap masih ada broken link yang tinggal. Jadi memang kena kerap check dan buang. Kenapa?

Punca Broken Link

Broken link/Pautan rosak terjadi bila ada link didalam blog yang dah tak berfungsi, di delete, bertukar kepada link lain atau tidak wujud lagi dalam database enjin cariaan google. Biasanya broken link dalam blog ni seperti "Page Not Found" atau "Error 404 Not Found". Paling banyak broken link dalam entri giveaway sebab ada antara link blogger yang tidak aktif lagi ataupun entry yang telah didraftkan/delete.

Cara Semak Dan Buang Broken Link

Caranya mudah je dengan menggunakan Broken Link Checker Tool. Masukkan url blog dan click find broken links. Lepas tu masukkan security code dan tunggu sehingga checker tool habis semak. cara nak tahu link mana yang broken tu, click url atau src. 





Kalau link macam dalam gambar ni adalah link profile blogger yang tak aktif. Senang nak delete. Halakan cursor pada link profile komentator dan perhatikan link yang keluar pada bawah kiri monitor. Kalau link sama dengan senarai broken link tu boleh klik delete terus. Yang ni leceh sikit sebab kena check satu-satu link komentator daripada url broken link tu.

contoh check broken link profile blogger.com

Kalau broken link dalam entri blog, perlu tekan src. Dalam new tab tu akan tunjukkan lokasi broken link samada link dalam text atau pada gambar. Setakat ni broken link dalam blog Fiza makin susut lah. Tak macam dulu sampai beratus broken link nak kena buang. 

Kenapa perlu buang broken link ni? Jawapannya adalah broken link/pautan rosak ni akan menjejaskan prestasi SEO blog kau orang sendiri. Faham-faham lah bila dah terjejas tu. Nak tak nak kena buang jugalah broken ni. Siapa yang tak frust kalau google lepas tu masuk page not found pula kan. 

Benda ni dah lama dikongsikan oleh otai-otai blogger, cuma sajalah buat entri untuk ingatkan kau orang juga sebab kita ni mudah lupa. Note to myself juga lah. Sesekali nak juga blog hebat sikit. Bosanlah cakap blog biasa-biasa je. Siapa lagi nak membangunkan blog sendiri kalau bukan diri sendiri. Haa tepuk!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 8009

Trending Articles