Akhir-akhir ni 'Hidden Hantaran @ Covered Hantaran' menjadi trending dan menjadi pilihan bakal pengantin untuk dulang hantaran. Kiranya style hantaran paling latest lah untuk tahun ni sebab awal tahun Januari haritu pun pertunangan anak buah buat hidden hantaran ni dengan simple pelamin. Walaupun style 'sorok' hantaran ni dah ditelan zaman berzaman lamanya tapi tetap ON!
Baru-baru ni je lah keluar semula style dulang hantaran sorok. Mungkin sebab kemunculan makcik makcik bawang yang sibuk membawang dengan hantaran orang. Lantas, muncul lah idea hidden hantaran ni kes nak sorok segala barang hantaran supaya tak jadi buah mulut orang. Mungkinlah begitu ceritanya kot. Siapa lah yang punya idea nak keluarkan semula tradisi ni memang terbaiklah. Thumbs up!
Hidden hantaran jadi misteri lah gitu untuk menutup mulut-mulut makcik bawang supaya tak buat cerita tentang hantaran murahlah, tak sesuailah apa lah. Tapi kalau dah namanya makcik bawang tetap mulutnya tak boleh ditutup. Serba tak kena je semua benda. Bagus juga tradisi sorok hantaran ni digunakan zaman sekarang ni kalau jenis tak nak guna hantaran terbuka.
Nampak Klassik
Hidden hantaran walaupun dah berzaman sejak zaman nenek moyang kita dulu tetap nampak releven di zaman moden ni. Pendek kata, tradisi ni tak lapuk dek zaman. Back to classic! Zaman dulu gunakan kain batik ataupun kain pelikat untuk membungkus dulang hantaran. Dulu hantaran jenis bulat tu dan lepas tu barulah muncul hantaran terbuka guna dulang hantaran tembaga yang sikit punya berat tu. Dan kemudiannya berubah mengikut peredaran zaman guna bekas kaca, dulang kayu dan sebagainya.
Bila digunakan semula hidden hantaran dalam zaman moden ni banyaklah perubahan idea hidden hantaran ni dari segi penggunaan material, jenis ikatan dan dekorasi. Kalaulah hidden hantaran ni trend 6 tahun lepas memang Fiza buat. Takpe lah, boleh bagi idea atau buatkan untuk pertunangan dan kahwin orang lain nanti. Fiza rasa hidden hantaran ni macam lebih memudahkan kerja dalam menyediakan dulang hantaran dan jimat juga sebenarnya. Walaupun kalau kira-kira lebih kurang je harganya sebab kain pun costly juga kot kan.
Mudah dan Jimat!
Memudahkan sebab nak menyiapkan hanya perlu bungkus dengan ikatan dan sedikit dekorasi bunga kalau nak letak. Mudah nak bawa juga satu benda yang penting kalau rombongan dari jauh. Barang hantaran pun terjaga rapi dalam kotak tu. Boleh jimat masa nak sediakan kalau nak simple-simple je bungkus. Bahan-bahan pun hanya perlu gunakan bekas/kotak, kain dan juga bunga kalau nak.
Nak mudah dan jimat guna je apa yang mudah nak sediakan macam kain batik atau kain pelikat macam zaman dulu. Bekas/ kotak tu boleh beli bekas tupperware kedai RM2 tu je. Tapi kalau nak nampak mahal dan mewah, gunalah kain sulam songket ke, satin ke, batik lukis ke kan. Bunga pun boleh guna bunga hidup segar atau bunga plastik. Susah-susah malas fikir bungkus je dengan cara ikatan yang agak style. Kain bungkusan tu boleh juga diguna pakai semula kan.
Jenis-Jenis Dekorasi Dan Ikatan Hidden Hantaran
Untuk hidden hantaran ni lebih baik gunakan kain kapas macam kain batik sebab mudah nak urus dari segi lipatan dan kemasan tu nampak kemas. Biasanya kalau guna kain batik tak perlu dah letak dekorasi macam bunga atau hiasan lain sebab corak pada kain pun dah nampak menarik dah.
- Kain batik/bercorak dengan ikatan simple.
- Kain songket dengan hiasan dokoh
- Kain sulaman songket dengan ikatan tali guni
- Kain satin corak dengan ikatan riben dan bunga
boleh gunakan kain satin tudung bawal |
Kalau tak nak guna jenis kain bercorak, gunakan kain plain pun menarik. Boleh buat ikut tema warna majlis masing-masing.
- Kain satin dengan simpulan seperti sanggul rambut
- Kain crepe dengan ikatan simpul selit bawah
- Kain Satin selit dengan kemasan bunga
- Kain satin dengan hiasan bunga
Nama-nama di atas Fiza berikan ikut daripada gambar hidden hantaran pilihan Fiza. Kalau ada nama lain sila mention dalam kotak komen okay. Terima kasih pakcik google dan tuan punya gambar. Kalau tak tahu nak bungkus macamana, boleh je tengok kat youtube. Salah satu yang Fiza suka adalah furoshiki wrapping, Japanese style how to wrap boxes. Salah satu tutorial video how to wrap boxes, boleh tengok dalam video di bawah