Sebelum ni cuma ada golden pothos je, lepas tu tambah spider plant dan baru-baru ni tambah sansevieria pula. Semua tu percuma je ambil kat rumah mak kat kampung kecuali golden pothos. Zero modal lah orang kata. Bekas kaca pun kitar semula mana yang dah tak pakai tu. Tak payah beli baru.
Tapi disebabkan dah terlampau banyak, ruang pun makin mengecil. Kalau dah semuanya nak letak satu tempat memang padatlah jadinya. Lepas tu timbullah idea nak gantung je pokok tu. At least dapat kurangkan ruang tu. Kebetulan ada jute string warna putih tu sesuai dengan wall shelf tu, so DIY macrame knot untuk hanging planters.
Cara nak ikat tu boleh tengok kat youtube je, ada banyak jenis ikatan macrame untuk dekorasi hanging planters ni. Fiza pilih yang paling ringkas dan senang nak buat. Tak sampai 5 minit dah siap. Suka juga style macrame knot hanging planter ni nampak macam bohemian hanging decoration macam tu kan.
Kalau rumah kau orang banyak sangat pokok, pilih pokok yang jenis menjalar tu letak style gantung pun menarik dan jimatkan ruang bawah. Tali pun boleh guna pelbagai jenis tali yang sesuai. Jangan pula guna tali plastik rafia yang cepat rapuh tu. Gunakan jenis tali yang tahan lama dan kukuh. Kalau untuk indoor ni lebih cantik gunakan jute string warna putih atau warna coklat tu. Nampak lebih natural dan sesuai untuk semua tema warna dalam rumah dengan perabot.