Disebabkan Oden pernah viral suatu ketika dulu dan ramai juga yang mencuba buat resepi ala Oden Family Mart tu. Fiza pun tak ketinggalan mencuba juga buat Oden walaupun tak pernah rasa Oden Family Mart. Main buat je tapi entah sama entah tidak rasa dengan Family Mart punya tu tak tahulah. Sejak Family Mart Mart dah buka cawangan dekat Seremban ni hati girang bukan kepalang dengan harapan dapat rasa Oden original Family Mart.
Fuhhh, hari pertama buka of course lah sesak ramai orang. Okay puan Fiza sabar kejap! Sehari dua hari, seminggu membawa ke bulan dan hari semalam lah baru Fiza sempat jejak Family Mart buat kedua kalinya. First time masuk haritu nak beli Oden tapi belum siap. Rezeki dapat merasa aiskrim matcha je lah. Alhamdulillah. Suka bukan main rezeki dapat merasa Oden.
Macam biasalah, kalau pertama kali nak order tu memang blur. Macamana nak order ni? Mujur tak ada orang masa tu, tinggal kami orang je lah. Terkial-kial nak order pun tak ada orang nak bising. Kalau tengah beratur panjang, mahu bising orang belakang tunggu kamiorang order. Tak tahu nak order, rujuk je gambar yang dah disediakan depan kaunter order Oden tu. Pertama kali nak order memang slow sikitlah tak tahu nak pilih yang mana sebenarnya.
Mula-mula pilih set samada nak udon atau tak. Lepas tu barulah pilih isi nak letak dalam oden tu. Harga pun dah siap-siap letak. Senang lah kau orang nak bajet untuk semangkuk Oden. Rambang mata nak pilih mana satu. Kecur air liur satu hal!
Fiza pilih tomyam dan husband punya Fiza pilihkan spicy untuk set Udon. Isi dalam tu pilih yang sama je sebab nak cepat. Beza kuah dan udon je. Set Udon RM5 dan tanpa udon RM3. Lepas tu add on tu ikut harga setiap yang kau orang pilih.Total dua mangkuk ni RM18.60. Puas lah makan satu mangkuk sorang. Antara Oden spicy vs Oden Tomyam, kau orang pilih yang mana?
Fiza pilih spicy walaupun suka teruk dengan menu tomyam. Tapi tomyam Oden Family Mart ni kurang menepati citarasa tomyam Fiza. Kuah spicy dia lagi sedap weiiii. Padu betul rasanya. Pedas pedas ada sikit rasa manis juga. Baru padan rasanya untuk semangkuk Oden. Okay lepas ni order spicy je lah nampaknya. Boleh buat mengidam nak makan Oden ni. Tapi itulah, bila diminati ramai nak beratur panjang tu yang malas tu kan. Kena pergi masa yang tak ramai orang je baru tak jenuh menunggu.